Thursday 13 July 2023

Pertandingan Inovasi IMR 2023 ~ Belum Rezeki

Ustaz R (UR), guru halaqah Abang yang sentiasa ceria dan bersemangat telah menghantar penyertaan ke Pertandingan Inovasi IMR 2023. Abang dan 4 lagi rakan sehalaqah telah dipilih oleh UR untuk terlibat. Untuk saringan awal, peserta diminta menghantar rakaman video ujikaji yang dijalankan. 

Kata Abang, dekat 2 jam kot depa shoot video untuk pertandingan ni ... Asyik tak jadi je... Ada yang tergelak, ada yang tersasul, ada yang menyakat haha... 

Dan shortly before raya haji, dapat berita gembira katanya team depa dipilih sebagai finalis. Kena buat pembentangan di hadapan juri di final nanti. Cerita Abang, UR dan Tn Pengetua Cemerlang pun teruja sungguh dengar berita gembira ni.

Ummi dan Walid pun terus discussed and agreed nak sponsor baju (T-shirt) untuk anak⁵ ke pertandingan ni, beserta untuk UR dan Cg Ain, guru pengiring. Semangat haha... Pertandingan peringkat kebangsaan kan... 

Hari Ahad close deal dengan Paklong aP, dia buat part time ambil tempahan print baju. Hari Isnin tiba² UR maklumkan ada salah faham 😭 Team Abang bukan finalis, tapi dijemput untuk ke acara tersebut untuk melihat pameran dan pertandingan akhir tersebut. Call Paklong aP, T-shirt dah tak boleh cancell sebab production dah start. Kilang dekat Kelantan, memang Ahad kerjalah kan... Takpe, dah tertulis rezeki untuk depa... 

Leceh juga nak buat T-shirt sekolah ni; kena letak logo Jata Negara, logo sekolah dan tulisan. Sebab ini untuk acara formal. Kalau T-shirt dorm/kelas tu takde masalah. Sebab baju ni dah ada logo jenama, jadi tulisan dan logo sekolah letak di belakang. Bahagian depan ni letak logo Jata Negara. Alhamdulillah Rabu, sampai T-shirt tu. 

Individually packed πŸ‘
Postage cost RM7.40 je. Murah 😁

Hari kejadian, UR bawa semua anak¹¹ halaqahnya ke NIH, Setiap Alam, untuk pameran ni ...

Peserta berlima tu pakai T-shirt baru manakala yang lain pakai T-shirt rasmi sekolah. Excited sangat agaknya nak ke sana, Abang cuma hafal 5 baris je ayat Quran hari tu πŸ˜… Selalu minima 1 muka surat. Takpelah, Ummi faham. Ummi pun pernah jadi student :p 

Ada parents nak bayar duit T-shirt tu tapi kami tolak. Memang dah niat nak sponsor kan ... Yang bagi sumbangan wang tunai pun ada... Bolehlah Ustaz buat belanja depa makan lepas program tu :) 

Kata UR, bolehlah ambil idea dan timba pengalaman untuk pertandingan² akan datang. 

Sebelum balik ke sekolah, singgah lunch dulu. 

Alhamdulillah good experience and exposure for them. Nanti cuba lagi πŸ’ͺ




4 comments:

  1. congrats!!! bergaya masing2 ngan tshirt baru..
    menang kalah tu adat, ye penting pengalaman plus dah usaha...
    next year boleh cuba lagi...

    ReplyDelete
  2. Tapi kalah pun bergayaπŸ‘

    ReplyDelete
  3. exposure itu penting...menang kalah kita letak belakang tapi yang penting ada usaha jugaklah untuk menang bukan sekadar masuk je kalah pun tak apa.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah... yg penting tu pengalaman... semoga next time ada rezeki... kali ni timba pengalaman dulu

    ReplyDelete