Saturday 22 July 2023

Bubur Asyura ~ Versi SRAI


Letak versi SRAI supaya senang nak ingat perbezaannya. 


Khamis 2 Muharram guru² dan kakitangan SRAI bergotong-royong memasak Bubur Asyura, yang sinonim dengan bulan Muharram

Bab ni paling Ummi suka kalau kenduri-kendara...tapi itulah, dah lama tak berpeluang untuk merewang sebegini. 

Turn guru²/staff lelaki pula mengacau Bubur Asyura...

Alhamdulillah, setiap murid dapat sorang sebekas. Untuk AJK PIBG pun dititipkan melalui anak masing-masing. 

Tiga orang, tiga bekas. Makcik kayoooo....

Rasanya seakan bubur lambuk. Ummi simpan untuk Walid rasa, memang licinlah sebab beliau penggemar bubur lambuk tegar :D 

Ummi kurang gemar, tetap rindukan Bubur Asyura versi Utara yang manis-manis tu 😋

Kalau arwah Tok Wan pula, beliau suka Bubur Asyura versi tawar dan kering. Ramuan utama selain  tepung ialah kacang hijau. Bubur dikacau hingga betul² kering, disejukkan dan dipotong umpama memotong bingka/bengkang. Kemudian ditabur tepung diatas dan bila nak dimakan, dicicah dengan gula. Warna Bubur Asyura versi ni kehijauan kerana penggunaan kacang hijau tersebut. Mungkin sebab teksturnya kering, boleh tahan 2-3 hari pada suhu bilik. 

Lain tempat, lain cara dan rupanya kan Bubur Asyura ni...







4 comments:

  1. Awai depa kacau bubuq sora🤭
    Saya pun suka yang versi kering hat depa tabur serbuk beras dan cicah gula tu..Lemak dan harun bau serai lengkuas.Tapi jarang jumpa dan saya cuma pernah makan tapi tak pernah cuba.Hat dok buat seluloi bubuq asyira versi utara yang lemak manis aneka kekacang dan ubian tu

    ReplyDelete
  2. wahh lama tak merasa bubur Asyura

    ReplyDelete
  3. saya pun suka versi utara..ni bila masuk bulan muharram tekak pun auto teringin nak makan bubur asyura...rasa nak buat juga la sikit untuk lepas tekak sendiri

    ReplyDelete
  4. Meriahnya, siap masak-masak di sekolah. Bagus ada aktiviti gini.

    Saya masih keliru beza bubur lambuk dan asyura. Macam sama, macam tak.

    ReplyDelete