Awal pagi dah keluar rumah, hantar kereta Walid ke service center. Kemudian decided untuk breakfast di restoran ni. Kami gelar Kedai Kelantan sebab menu kebanyakannya menu Pantai Timur.
Bersih, luas dan pelbagai pilihan juadah yang disediakan menggamit pelanggan untuk ke sini. Para pekerja pun mesra. Pukul Nampak lengang tapi sebenarnya ramai juga yang order online. Penebar roti canai tu tak menang tangan nampaknya nak siapkan order. Abang² rider pun ada 3-4 orang menunggu giliran ambil tempahan.
Cuma, kekurangannya di sini mungkin parkir kereta sebab restoran ni terletak di jalan utama. Kena parkir di bahu jalan dan agak terbatas ruangnya kerana ianya di kawasan perumahan. Di seberang jalan tu pun ada satu lagi kedai makan, kedai makan India.
Lembut rotinya dan sedap. Orang Melayu yang buat jadi kenalah dengan selera Ummi.
Tak ambil pula gambar makanan. Know² dah tinggal kertas pelapik ja 😅 Makanan dihidang dalam bekas seakan nyiru (?) dan dialas dengan kertas lilin. Jimat, tak payah basuh pinggan.
Kami makan & minum;
Nasi lemak + daging goreng kunyit 1
Nasi goreng + telur masin 1
Nasi putih + ayam cincang 1
Sambal paru 1 piring
Daging goreng kunyit 1 piring
Roti Telur 1
Sirap laici 1
Air laici 2
Teh tarik 1
Nescafe tarik 1
Air kosong 1
Donut 1 pek (3 biji/pek)
Total: RM40.00
Semua sedap walaupun ada lauk yang terasa sedikit masin di lidah Ummi. Overall okay dan lebih seronok sebab banyak pilihan lauk-pauk. Walaupun baru pukul 8, lauk tengahari banyak yang dah ready. Bolehlah nak brunch terus.
Selain sarapan dan makan tengahari ada juga makanan barat dan kudapan seperti keropok lekor. Tapi ini untuk sebelah tengahari dan petang agaknya.
Waktu operasi hasil carian Google :) Tak pasti waktu operasi tu sama ke tidak cuma yang perasan hari Jumaat dari jam 12.45 t/hari - 2.30 ptg tutup untuk solat Jumaat. Ada notis besar ditampal di kaunter pembayaran.
Jika ada yang lalu kawasan ni bolehlah cuba.
Note to self;
# service kereta tadi tukar sekali bateri kecik.
Kebanyakan restoran pantai timur suka konsep hidang macam ni, kan. Sy suka, nmpak klasik.
ReplyDeleteSama, kita pun suka... Tradisional dan klasik 👍
DeleteKalau kat kch ni ada area tu ada kedai2 jual ns kerabu.. mmg meriah lah dgn org tempatan dan org kelantan mkn kt situ... sampai kami pun gelarkan area situ mini kelantan... hehehe
ReplyDeleteMesti best area tu...teringin nak makan makanan Pantai Timur bole ke situ kan
DeleteCantik gumpalan awan tu PH.
ReplyDeleteBanyak pilihan makanan, harus jadi tumpuan ramai. Tapi itulah, masalah parkir pulak bila ramai datang makan.
Betul tu puan...
DeleteSesekali SA layan gak masakan atau masakan pantai timur tapi cari yang tak manis..hahaha..
ReplyDelete