Tuesday, 8 April 2025

Patin Tempoyak by Mama Nurin

Alhamdulillah rezeki dapat makan lauk Ikan Patin Tempoyak di musim² raya ni... 

Sebelum kami keluar beraya kelmarin, Mama Nurin sempat datang bawa sebekas besar lauk Ikan Patin Tempoyak ni. Panas² lagi, baru lepas masak katanya. 


Alhamdulillah rezeki ❤️




Monday, 7 April 2025

Paip Pecah @ Bukit Sri Gombak

Kejadian 8 Syawal... 

Paip bawah tanah ni pecah katanya.
Jalan berlubang akibat mendapan. 
Jalan ni baru je siap bulan 11 hari tu... 

Tutup 1 lane jalan nak turun bukit ni. 
Syukur bukan peak hour jadinya... 

Banjir la sini... 
Tapi Ummi tak tau pun hal ni. Pukul 2 lebih baru ada jiran buzzed dalam WA group taman, katanya air takde sebab paip utama terpaksa ditutup utk kerja² baikpulih paip pecah ni. 

Sempat la tadah air 2-3 baldi...
Tak bimbang sangat sebab katanya bekalan air akan ada semula awal pagi nanti. 

Plus, ada tong biru ni 👇🏻
Air memang sentiasa simpan dalam tong biru ni sebab SG ni kerap juga bekalan air terganggu sebab paip pecah. Paip lama kot, dah karat ke apa tak tahulah. 

Masa Ummi lalu tu adalah nampak batu² kecil dan ranting² kayu dedaun semua atas jalan ni. Gambar ni Ummi screenshot dari video jiran, bukan gambar sendiri, Ummi driving kan. 

Alhamdulillah dalam pukul 10.30 mlm tu air dah ada semula. Cumanya nak kena beringat jugalah sebab jalan tu dah mendap, risau juga kalau berulang lagi kejadian ni. Sebab kes depan Prima dulu berpuluh kali juga rasanya depa repair baru betul² elok sampai sekarang.

Semoga yang baik² saja utk kita semua 🤲🏻

Minum Petang @ Restoran Bintang Tujuh, Sri Gombak

Dari bulan puasa dok plan nak moreh di sini, dah raya baru dapat :) 

Restoran ni baru lepas renovate

Adik ordered Megi Goreng Telur Mata, as usual

Walid ambil Kari Kambing Walid semangkuk... 

Roti Banjir pilihan Ummi 😋

Roti Tisu always her favorite 

Incik Boss ordered capati. 
Makan dgn Kari kambing, nalaaaa 

Alhamdulillah. 


Sunday, 6 April 2025

7 Syawal 1446H

Hari ni anak² balik asrama. 
Masaklah special sikit... 

Untuk sarapan, masak Fettuccine Goreng dengan Meatballs Pak Mat Western. Goreng juga jumbo sausage. 

Dalam pukul 11 goreng pula nasi sejuk. Nasi lembik sikit, lama bertapa dalam inner PC tu, lupa nak simpan dalam peti sejuk malam tadi. Bolehlah buat alas perut sebab lepas Zohor nak keluar beraya. 

Agenda hari ni beraya di rumah Tok Tam. Jumpa Tok Njang Piah, Paklong aP, Paktam Faiz dan Paksu Hafiz bersama keluarga masing². Depa nak beraya di rumah Toksu pula tapi kami tak dapat ikut sebab nak hantar Abang Angah ke asrama. 

Meriah ye sebab Tok Tam dan anak² pun berbaju raya. Paklong aP dan adik² dia pun berbaju raya juga. Best² 👍🏻

Rugi la kalau datang rumah Tok Tam makan sikit atau malu² nak makan haha... Sebab Tok Tam Rah masak sedap² ye... And their hospitality memang superb! Itu yang buatkan kami selesa dgn diorang. Makan bertambah pun tak segan ☺️




Alhamdulillah, selamat kembali ke sarang ilmu dah dua² anak soleh kami. 

Semoga yang baik² untuk semua 🤲🏻 





Sambal Isi Kepah Kering

6 Syawal (Sabtu) kami cuma bersantai di rumah. Perkara utama yang diuruskan semestinya kain baju khususnya pakaian sekolah anak² di asrama. Semalam pula mendung seharian terpaksalah juga bawa ke dryer

Selain tu, masak memasaklah aktivitinya. Dah seminggu juga tak masak² di rumah sendiri, gian la pulak :D 

Sebenarnya tak sabar nak masak isi kepah kering yang Ummi beli di Pasar Tani Kekal Changlun tu... 

Isi kepah ni kena rendam sekejap. Bilas dan toskan bila isinya dah kembang. Ummi salin air 2x. Sambal tu masak macam sambal tumis sotong tapi ganti dengan isi kepah kering. 

Regu dengan nasi lemak dan Rendang Nasib yang Ummi masak sebelum raya dulu. Pernah sekali makan Sambal Isi Kepah ni dulu, Maksu masak. Itu yang terus beli bila jumpa isi kepah kering ni. Penjual bagitau memang orang masak sambal isi kepah ni. 

Rebus juga telur itik jeruk (telur masin) Tok Umi bagi ni. Telur masin ni helper Tok Umi buat sendiri. 

Daun palas dari kebun Tok Ayah. 
Tunggu tenang² dulu baru Ummi nak buat projek ketupat palas.  

Ada jemaah surau sedekah bunga kantan. Ummi basuh dan potong siap² then masuk freezer. Kalau mood rajin mai, bolehlah me-laksa. 

Alhamdulillah.

Saturday, 5 April 2025

Recap ~ Week 13, 2025

Week 12 ✅
Week 13: 26/3-1/4/2025

26/3 Abang wakil rumah Biru untuk acara Tazkirah Spontan. Dapat RM5, saguhati tempat keempat :D 

27/3 Takde apa yang menarik. Dah hujung puasa ni sibuk packing baju nak balik raya. 

Walid beli hadiah birthday untuk Angah. Dia requested nak wallet jadi belikan apa yang dia nak. 

29/3 Memulakan perjalanan ke kampung tercinta. Tapi transit dulu di Ipoh. Driver-nya Walid sorang je, tak larat juga nak direct terus ke Baling. Gombak ke Ipoh pun dah 6 jam. Nak sambung ke Baling maybe 4-5 jam lagi kot sebab musim raya ni biasanya aliran trafik jadi berganda tempohnya. Ummi tak pandai bawa kereta Walid, plus tak berani nak drive jauh². Jadi co-pilot je :D 

30/3 Alhamdulillah trafik lancar dari Ipoh ke Baling. Berehat dulu di Masjid Al Ridzuan, masjid daerah Baling ni sementara nak tunggu masuk waktu Zohor. 

31/3 Selamat Hari Raya Aidilfitri 1446H! 
Nostalgia pulak gambar ni ☺️ 
2013 Angah baru 2 tahun, jalan terkedek² lagi haha... Ummi pula tengah pregnant-kan Kakak masa raya tahun ni. 
2025 ni dia pulak jalan depan Walid :) 

1/4 Raya kedua makan kenduri Tok Imam then balik Jitra pula. 
Agar² Kering ni favorite Ummi. Dulu arwah Nenek (nenek Walid, mak Tok Umi) pun suka jamu Agar² Kering ni time raya. Tak silap arwah Nenek buat sendiri. 







5 Syawal 1446H

Ikutkan nak sarapan di luar tapi tak properly planned plus banyak kedai makan tutup Jumaat, kami decided sarapan di rumah je sebelum bertolak balik. Jimat masa pun iye, sebab boleh gerak awal balik ke Gombak. 

Lepas sarapan depa layan Makngah ajak buat trend TT bagi duit raya ala² majlis Convo :D Makngah depa ni kadang 'masuk ayaq' jugak 😆

Alhamdulillah 8.45 pg dah bertolak. 
Lambat² nanti makin sesak PLUS highway tu kan... 

Nak tempuh perjalanan >400km hati kena kental, mental kena kuat 💪🏻
Nak balik kampung utk beraya feel dia lain, nak balik ke perantauan mulalah lemau haha... 

Belum sampai Alor Star, dah buka dah bekal :D 
Kerepek Pisang Maksu bagi. 

Nak masuk Tol Juru ni biasalah kereta banyak. Cuaca redup, sesekali gerimis mengundang :) 

Saya pilih bahagia 🫰🏻

Jauh lagi ni...

Sambil teman Walid drive, Ummi mengunyah. 
Bahulu Makngah bagi, cekodok pisang dan kerepek tempe Tok Umi bagi as bekal. Memang mengunyah je la Ummi ni nak hilangkan mengantuk. 

12.30 t/hari dah sampai terowong. 
Awal lagi nak singgah Ipoh utk solat Jumaat jadi kami teruskan perjalanan. Waktu Zohor di Ipoh 1.22 t/hari. 

Cantik sangat pemandangan awan dan bukit bukau di kawasan Ipoh, Tambun ni 

Singgah di layby Simpang Pulai utk toilet break dan quick lunch. Makan bekal nasi lemak bungkus. Malas nak turun kereta, too crowded


Dah pukul 1 lebih jadi kami keluar di Exit Gopeng. Ada masjid tepi jalan utama. 
Ummi bertegur sapa dgn Acik Cleaner ni, ucap SHR la kan... Then Acik ni tanya, dari mana? Dari Jitra nak balik Gombak Ummi cakap. 

Terus AC ni pegang tangan Ummi, bagitau kampung Makcik dekat Ayer Hitam. Ayer Hitam ni dekat² Jitra juga... 

Orang Kedah jumpa orang Kedah tau sajalah kan, auto jadi ramah 😆 Acik ni cakap adik beradik dia ada di Ayer Hitam tu, tapi dia dah lama tak balik kampung sana. Teringin nak makan ketupat palas katanya. Ummi pun offer la daun palas yang Tok Ayah bagi tu. Tapi Acik ni kata dia tak pandai buat ketupat palas. 

Ummi pun minta diri, sebab mata dah masuk habuk ni. Rasa sedih dan kesian pulak :( 
Nak masuk kereta teringat Tok Umi ada juga bagi bekal ketupat palas dah siap rebus. Rezeki AC ni la... Harapnya tercapai hajat Acik ni nak makan ketupat palas. Berair matanya bila dapat ketupat idamannya tu. Ummi pun cepat² masuk kereta sebab 'hujan' juga 🤭 

The boys solat Jumaat di sini. Ramai orang luar macam kami juga, based on kereta² yang parking di tepi main road ni. Sekejap je solat Jumaat di masjid ni, pukul 2 lebih jemaah dah keluar masjid. Ada pengantin nak dinikahkan, mungkin sebab tu Tok Imam tak solat lama² plus ramai musafir macam kami

Unik nama tempat ni...

Pukul 3 lebih baru masuk highway semula. Ni Tol Tapah. Masuk highway tu memang jammed la sebab 2 lane je dari  Tapah ke Sungkai. Sampai Slim River nanti baru 3 lane semula. 

>100km lagi 💪🏻

Makan burger pulak 😅 

Turn gegirls pulak solat. 
Kami singgah di Petron Ulu Bernam ke Behrang ntah. Lupa dah :D 

Lepas gegirls solat ni memang tak singgah mana² dah. Alhamdulillah pukul 6 lebih camtu dah selamat sampai di rumah 🤲🏻

Rinduuuuuu dekat budak debab ni 😍
Alhamdulillah dia selamat dan sihat. 
Makanan dis pun ada banyak berbaki. Masa dekat kampung, risau juga takut anak bulus ni tak cukup makan ahahaha.... 

Alhamdulillah. 









Friday, 4 April 2025

Nat Jitra & Pasar Tani Kekal Changloon

Nat = pasar pagi 

Nat Jitra 
Aktiviti wajib setiap kali balik Jitra, mesti Ummi ajak Walid pergi nat depan market Jitra. Seronok ada jual ulam² kampung, kuih-muih tradisional, tudung/pakaian murah²... 

Anak² pokok pun ada...

Tak ramai peniaga dan pengunjung sebab masih beraya agaknya. 

Comel lesung kayu ni. 
Orang buat somtam kan guna lesung jenis ni...

Daun palas 
Pun tak beli sebab Tok Ayah dah ambil di kebun utk menantu dia ni :D Last time balik kami beli di nat ni. Bila Tok Ayah tahu,  TA ambil siap² di kebun utk Ummi bawa balik ke SG. Tq Ayah 🤗

Ketupat Palas dah siap rebus. 
Harga ikut kilo, bukan sebiji². RM35/kg macam harga di Keyel jugalah kan...

Pasar Tani Kekal Changlun

Nampak ada nat ni masa pusing² dekat Changlun ni, masuk la sekejap tengok apa yang ada... Changlun ni ada yang eja Changloon. Tak kisahlah, janji bunyinya sama :D 

Inilah rupanya umbut pisang @ rias pisang, bahan utama dalam Gulai Batang Pisang yang terkenal di Kedah esp daerah Baling, Pendang, Kuala Nerang dan Sik. Ikutkan hati ni nak beli bawa balik ke SG, tapi takut rosak. Nak masak di Jitra, Tok Umi dah ada menunya. Plus banyakkkkk sangat stok makanan di rumah TU tu. 

Ada gerai jual hasil laut kering dari Tg Dawai. Dalam bulatan merah tu isi kepah kering. Ummi beli sepeket utk dimasak sambal. Beli juga cumi kering dan ikan kering. 

Suasana dalam nat...

Di luar bangunan, ada orang jual buah kuinin dan cili bulat ni. Beli juga sebab lama dah teringin nak rasa cili bulat ni plus buah kuinin pun lama dah tak jumpa. 3 biji 5 ringgit. Tok Kodiang kata mahai, sebab buah luar musim. 

Alhamdulillah.