Thursday 31 August 2023

Merdeka ke-66 🇲🇾

Selamat Hari Merdeka ke-66 🇲🇾!
Cuti-cuti Malaysia ke? 
Kami dok rumah layan TV je, sebab baru balik dari berpergian :)

Sekarang Astro bagi channel free, C100 sempena Hari Merdeka dan Hari Malaysia. Siaran percuma ni hingga 17/9 nanti. Cerita-ceritanya semua tentang Malaysia. Ada dokumentari, original series, movies dsbnya.

Malam tadi, ditayangkan filem Rise of the Legend, kisah Datuk Lee Chong Wei. Eh, best la cerita ni 👍 Paling Ummi kagum pemilihan pelakon; yang bawa watak DLCW tu sebijik muka DCLW 😁 Mimik muka, jelingan mata, body language sebijik! Yang pegang watak Ling Dan pun sama. Geram je tengok muka kerek mamat tu hahaha...

Datuk Rosyam Nor sebagai Datuk Misbun, jurulatih DCLW di Akademi Badminton Malaysia. 

Baguslah cerita begini, menaikkan semangat. Anak⁴ berempat pun kemain semangat tengok ending especially bila DCLW lawan Ling Dan di Malaysian Open 2006. Sikit sebanyak depa tau sejarah permulaan karier DCLW, which Ummi pun baru tahu. 

Makcik ni kena tinggal 4 hari lepas, itu yang jadi terlebih manja 😂 Mana-mana kitorang lepak, situlah juga dia menempel. Takut kena tinggal lagi kot :D 

Malam pula kami layan Paskal. 

Seronok cuti-cuti dok di rumah layan TV. Wajib tonton semestinya perarakan Merdeka . Seronok tengok SPB YDP Agong dan Tuanku Permaisuri menyantuni rakyat jelata. Dah tak lama khidmat Baginda  sebagai YDP Agong. Pasti kita akan merindui Baginda berdua. 

Siang Ummi masak, malam pula Abang masak nasi goreng, regu dengan ayam Masywi (ayam golek) Walid beli. Laksa pun ada, Ummi beli dgn Cg Asma.


Merdeka!
Merdeka!
Merdeka! 


9 comments:

  1. Sama la kiteorang pun tak keluar rumah harini, tengok siaran sambutan hari kemerdekaan di TV1 je. Asben masih lagi belum sihat sepenuhnya jadi bermalas-malasan di rumah je la jawabnya.

    ReplyDelete
  2. Cuya tak rajin nak tengok tv, tengok laptop je..ngeh3

    ReplyDelete
  3. Selamat Hari Merdeka Puan, Semoga memberi lebih kebahagian kepada Puan.
    Merdeka...!

    ReplyDelete
  4. semalam seharian di luar... x perasan pulak astro on semua free chanel... tinggal bbrp jam lg berbaki cuti sekolah ni PH... sedihh

    ReplyDelete
  5. Selamat menyambut Hari kemerdekaan

    ReplyDelete
  6. slmt hari Merdeka
    samaa kita dirumah layan tv tgk pembarisan

    ReplyDelete
  7. Selamat Hari Kebangsaan yang ke 66 tahun. Patut la tunggu agong dan permaisuri lalu dengan kereta tunggu lama sikit. Rupa-rupanya bila tengok youtube siap salam2 dengan rakyat jelata. Masa kereta lalu bodyguard askar lagi keliling kereta.

    ReplyDelete
  8. Selamat hari kemerdekaan Puan. 🎉🎉. Tak jauh sangat jarak tanggal kemerdekaan antara Singapura, Indonesia dan Malaysia. Sama2 Augustus. Kemarin pun saya duduk Kat rumah saja pas hari merdeka, dah paling best nonton film memang 😄.

    Lucu sangaaat kucingnyaa ❤️😍😍😍. Dah terlihat manja pun dengan penghuni rumah. Confirm rindu lah dia ditinggal pergi 😄

    ReplyDelete