Sunday 20 August 2023

Tragedi Elmina 18.8.2023

Basah kelopak mata setiap kali mengikuti perkembangan tragedi ini. Dan sejujurnya, Ummi tak mampu mencoret tentang tragedi ni, ianya sangat dekat dengan takdir hidup sendiri. Kami sekeluarga pernah kehilangan orang tersayang akibat kemalangan jalan raya. Pemergian yang secara tiba-tiba sangat menyentap jiwa raga. Apapun, syukur semua urusan akhir mangsa telah disempurnakan. 

Credit: Source 

Semoga roh mereka semuanya dicucuri rahmat oleh-Nya. Didoakan agar roh mereka semuanya ditempatkan di kalangan para solihin aamiin 🤲 

Salam takziah buat seluruh keluarga mangsa. Mudah-mudahan dipermudahkan segala urusan ahli keluarga mangsa dan dikurniakan oleh-Nya kekuatan dan kesabaran yang besar buat mereka. 

11 comments:

  1. Innalillahiwainnailaihirojiun, semoga roh kesemuanya ditempatkan dikalangan yang beramal soleh, setuju..kita x tahu pengakhiran kita macam mana kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mudah-mudahan Allah bagi kita husnul khatimah aamin 🤲

      Delete
  2. اَللهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَاَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِّعْ مَدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرْدِ وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا يُنَقَّى الثَّوْبُ اْلاَبْيَضُ مِنَ الدَّنَسِ وَاَبْدِلْهُ دَارًاخَيْرًا مِنْ دَارِهِ وَاَهْلاً خَيْرًا مِنْ اَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ وَاَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ وَاَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَفِتْنَتِهِ وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ

    🤲🏻 Salam takziah buat keluarga yang ditinggalkan.

    ReplyDelete
  3. memang sayu sgt bila baca kisah2 mangsa & family mangsa yg terlibat.....moga roh mereka2 yg terkorban dicucuri rahmat & ditempatkan dikalangan org2 yg beriman..aamiin..

    ReplyDelete
  4. Betul, sedih sgt. Tapi, boleh PH jelaskan maksud 'sangat dekat dengan takdir hidup sendiri' tu? Apakah maksud PH tentang kejadian kebakaran yg pernah terjadi di rumah PH dulu? Apapun semoga semuanya baik² sahaja akhirnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan SK.
      PH kehilangan Abg sewaktu dlm perjalanan keluar mencari rezeki utk keluarganya juga, kemalangan motorsikal 3 thn lepas. Bila berlaku kemalangan tragis begini, sikit sebanyak teringat kpd apa yg berlaku kpd arwah Abg. Peritnya bila terpaksa menghadapi pemergian org tersayang secara tiba-tiba, hanya Dia yang lebih Mengetahui.

      Delete
  5. Moga roh mereka ditempatkan di kalangan mereka yg beriman.

    ReplyDelete
  6. Semoga rohmereka dicucuri rahmat

    ReplyDelete
  7. Berita ini pun masuk dalam news di Indonesia. Sediiih sangat bacanya. Terkadang saya jadi takut terbang, apalagi saya dan suami memang sering traveling.

    Apalagi ini jatuhnya di jalan raya pula yaa. Semoga korban ditempatkan yg terbaik, diampuni segala kesalahan dan keluarga yang ditinggal diberi kekuatan dan ikhlas menerima ketentuan.

    ReplyDelete