Monday 14 August 2023

Dinner @ Ra.Re Gombak

Mula tu ingat ingat Ra.Re ni acara sempena PRN Selangor ke...sebab banner dia sama naik dengan banner calon pilihanraya, merata-rata digantungnya 😅

Sebenarnya Ra.Re ni tempat makan baru di Gombak, baru start operasi 9/8/2023. Exact location di Kompleks Muhibbah Taman Industri Bolton. Dulu pernah jadi tempat Sukan Pasti Angah 2016 dan kami pernah juga makan kenduri di Kompleks Muhibbah ni.

Lepas PKP kot tempat ni terbiar... rundown dan daif sangat nampaknya... Dengan semak-samunnya lagi... Setiap kali lalu mesti kitorang komplen...

" Kenapalah MPS tak buat sesuatu dengan tempat ni, sayang infrastructure terbiar gini..." 

Alhamdulillah akhirnya ada pihak yang ambil inisiatif transformed tempat ni jadi tempat makan sambil bersantai bersama keluarga. Segala semak-samun dah dibersihkan dan tempat ni diberi nafas baru. 

Bawah canopy berlampu tu pun ada tempat duduk, aras 1 dan 2. Tapi kami pilih duduk di bawah saja, senang nak pi mai pi mai ambil makanan... Sini konsepnya layan diri. Order, bayar dan ambil makanan di mana-mana kiosk pilihan. Macam-macam jualannya; air balang, sate, mee sup, laksa, Western food, Korean food, claypot dsbnya. Yang buka malam tu dalam 15 kiosks juga. Macam medan selera juga cuma lebih lawa dan happening terutama waktu malam sebab lampu² dia cantik :D Kalau siang tu mungkin nampak biasa² je... 

Ada live band 🤩
Persembahan tak bingit dan tak syok sendiri. Depa pandai berinteraksi dan layan pengunjung. Sedap sangat suara penyanyi dia. Siap nyanyi lagu Didi & Friends dan Boboi Boy untuk kids. Seronok sangatlah budak² pun. Pakat menari, melompat hehe... Suasana sangat santai, itu yang seronok tu. 

Kami pergi lepas Maghrib. Alhamdulillah parkir banyak kosong lagi dan tempat duduk pun masih banyak yang vacant. Tapi, makin lama makin ramai pengunjung. Kebanyakan yang datang tu berkeluarga. Selain bawa anak kecil, ramai juga yang bawa elderly parents. Tempatnya luas dan open air jadi tak rasa crowded. Masing-masing boleh makan dan lepak dengan selesa. 

Nak makan nasi juga :D 
Lagipun malas nak beratur dekat kiosk jual pasta dan claypot tu jadi yang paling cepat beratur beli nasi lemak je. Itupun dari 6 pinggan ni, ada 2-3 set dah takde telur rebus. Tak menang tangan tengok pekerjanya pun nak layan customers... Tak perasan kiosk lain ada tak jual nasi goreng ke ... Bubur nasi ada... 

Beli juga ramen dan ayam Korea untuk minah Korea sorang tu :p 

Style terbaru dia ambil gambar sekarang, tutup muka 😇

Alhamdulillah Ummi suka tempat ni. Walaupun ramai orang tapi suasana terkawal haha... Dari segi harga tu macam harga beli di food truck la kot. Nak kata murah sangat tidak, mahal sangat pun tidak. 

Ra.Re @ Gombak
LoT-PT 18427, Kompleks Pasar Muhibbah Jalan TIB 3, Taman Industri Bolton
68100 Batu Caves
Selangor
Waktu operasi: 5 ptg - 12 t/mlm


15 comments:

  1. Nampak menarik la PH...meriah...ramen tu buat SA terliur

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang happening tempat ni SA..kalau dekat dah ajak ngopi dah :D

      Delete
  2. Memang rare, konsepnya macam food court tapi lebih bergaya.

    ReplyDelete
  3. wah ada tmpt mkn br kt gombak..nanti bole la try bila blk kampung..tkde plak adik bgtau..biasa dia bab mkn slalu roger kakaknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab baru sangat buka kot MT...nanti ajak la family datang sini :)

      Delete
  4. ok kita jarang gi area situ.. pasni bole la melencong gak ke sana heheh

    ReplyDelete
  5. nasi lemak jadi pilihan ye. best tu.

    ReplyDelete
  6. Yang tutup muka tu omeyyy . hahahaa

    ReplyDelete
  7. menarik jugak live band tu tarik perhatian budak²... br pernah dgr liveband bawak lagu didi & friend.. enjoyyy.. anak terhibur mak pak lagilah terhibur healing²

    ReplyDelete
  8. Linda baru nk p nie... Search dekat gugel, nmpk review blog PH...😊😊

    ReplyDelete