Tuesday 22 August 2023

Majlis Tilawah Al Quran Antarabangsa 2023

Sedang berlangsung sekarang Majlis Tilawah Al Quran Antarabangsa di Dewan Merdeka WTC KL. Ummi tengok kat TV je :D 

Malam ketiga baru berkesempatan menonton. Anak² tengah PPT jadi bagi laluan untuk depa ulangkaji. Bukan apa, semua jenis nak kerumun dekat Ummi. Ummi tengok TV, depa pun nak tengok TV juga šŸ˜…

Terbaiklah peserta dari Guinea. Pakai pakaian tradisional negara dia šŸ‘ Suara pun sedap okay... Peserta sebelumnya dari Croatia pun sedap bacaannya. Begitu juga qariah dari Filipina. Alhamdulillah saban tahun Ummi ikuti Majlis Tilawah ni, boleh perasanlah kualiti bacaan para peserta meningkat saban tahun. 

Dulu-dulu, bila dengar peserta dari Afrika khususnya terasa pelik sangat gaya bacaan mereka di telinga. Begitu juga qariah dan qariah Nusantara, beza juga lenggok bacaan mereka. 

Insha Allah Majlis Tilawah ni akan berlangsung sehingga 24 Ogos ni. Jom sama-sama kita ambil peluang tonton bersama. 

6 comments:

  1. Wah, kalau sis tak update Majlis Tilawah ni mesti saya pun terlepas sbb jarang2 tengok siaran TV. Asyik bukak netflix / disney hotstar je hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy pun terlepas malam kedua...lupa šŸ˜…

      Delete
  2. Saya tengok hafazan. Sayanglah peserta Dian banyak buat silap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy pula lupa nak tak tengok hafazan šŸ¤­
      Sama cam Adik Qayyim gak mlm tadi, bacaannya pada sy boleh diperbaiki lagi.

      Delete
  3. Ammi dah tak ada Astro nak tengok TV. harapkan stick TV tu jelah..jadi hanya boleh tengok Netflix dan youtube.

    ReplyDelete
  4. SA tengok yang hari Rabu kat TV1, lepas tu tv tngok SA..semalam dapat tengok penyampaian hadiah..Tahniah Qari dari Malaysia..

    ReplyDelete