Sunday, 6 August 2023

Staycation @ Villea Morib


Dari SRA Sijangkang kami ke Morib. Perjalanan dalam sejam gitu melalui Telok Panglima Garang - Kelanang - Morib. Tapi, ada peniaga kedai makan bagitau, Waze dah tipu kami! Haha ... Tapi, manalah kami tau, kami follow ja :) 

Villea Morib
Dulu Hotel Impian. Lokasi bersebelahan pantai awam Morib tu. Rangkaian hotel Villea ni sama management dengan Perdana KLCC iaitu Attana Hotel & Resorts. Hotels under Attana ni Insha Allah tak mengecewakan. 

Kami ambil bilik deluxe triple (RM277/night - plus taxes around RM300).

Bilik untuk 3 orang tapi complimentary breakfast coupons untuk 2 orang saja. Maybe their target untuk bilik ni is for small family. Sebab di sini juga disediakan chalet (RM350++), lebih sesuai untuk keluarga besar. Tapi, bajet kami tak berapa sesuai 🤭 Lagipun sekadar trip santai semalam je, bukan on proper vacay. 

Tapi bilik ni besar...

Ada ruang menonton berasingan...

Ruang menonton dan katil tadi dipisahkan dengan separator kayu berukiran cantik ni. Setiap kali baring di katil, mata Ummi tak lepas pandang menghayati hasil pertukangannya. 

Lantainya tiles dan karpet hanya di ruang menonton dan antara dua katil tadi, yang boleh dijadikan tempat solat. Solat berjemaah sekeluarga pun muat dalam bilik ni. 

Muat juga untuk hero ni tidur. Letih sangat sampai tak sempat tukar baju sekolah. 
Bilik kami di ground floor. Bangunan resort hanya 2 tingkat jadi tidaklah crowded di sini. Cuma, waktu kami menginap di sini ada satu group buat family day jadi ada few tempat depa conquered contohnya waktu breakfast di cafe. Penuh dengan depa jadi guests lain terpaksa makan di luar cafe. Tapi, masih acceptable sebab ada meja, kerusi, kipas dsbnya, cuma open air. 

Paling best, bilik air dia besar ya amat  :D Ayaq pun laju ...best sangat! 

Jom tengok swimming pool pulak...

Besar sangattttt... 
Dari hujung ni hingga khemah hijau nun di sana... belakang batu tu ada satu lagi pool... Lepak dekat pool ni teringat percutian kami di Lanjut Beach Resort (now Villea Rompin) sebab suasananya mirip sangat. 

Nampak tak Kakak dok berenang gaya bebas belakang Abang tu? Kemain dia...kedalaman kolam 1.2m, bolehlah untuk dia berenang. Of course under the watchful eyes of her mother :) 

Chalet di bahagian belakang resort. Ada padang kecil untuk beraktiviti dan small volleyball court. Ada access untuk ke pantai. Tapi fahamlah, pantai di Morib ni bertembok. Tak dapatlah nak berjalan-jalan di gigi air. Gym, surau semua lengkap. 

Sunset tetap cantik, tak kira dari mana atau di mana kita melihatnya... Subhanallah.

Malamnya kami keluar makan di Kanchong Darat, dalam 15 minit dari resort. Boleh je nak makan di medan selera pantai awam tu, which is lagi dekat, tapi since kami tak pernah ke Kanchong Darat, nak juga tengok apa yang ada. Tak nampak apa pun, gelap sebab malam :p 

Owner kedai ni la yang cakap Waze tu kurang asam 😂 Kanchong Darat ke Banting dalam 5 minit je katanya. Takpe, jauh berjalan luas pandangan. 

Esok pagi tu, Ummi dah start kena diarrhea. 

Nak habiskan sepinggan mee ni pun bercinta! Air 100 Plus tu Abang beli dekat vending machine dekat lobi. Ok juga ada vending machine camni, boleh juga anak² beli roti, coklat dsbnya. 

Ummi tak masuk pun tengok apa ada dalam cafe tu tapi depa kata ada lontong. Nasi lemak ke nasi goreng ke takde.Yang lain tu roti, buah, pastries dsbnya. Tak banyak choice. Breakfast rate RM27/dewasa dan RM17/kanak². Kali ni semua anak⁴ kena caj 😅

Sekitar kawasan hotel...

Main entrance and lobby.
Penggunaan elemen kayu menjadikan resort ni seimbang; moden tapi tetap ada unsur kemelayuan dan kedesaan..

Kawasan parkir sangat luas. Depan bilik kami pun ada parkir. 

Berkibar megah bendera dipupuk bayu laut yang sentiasa bertiup 

Alhamdulillah seronok stay sini. Ada rezeki boleh datang lagi. 

Villea Morib
Lot 183 &184 Jalan Pantai
42700 Banting
Selangor Darul Ehsan




13 comments:

  1. Budak² bawak jalan² ke mall pun dah happy apatah lg kalau pegi staycation mcm ni... boleh la mak-mak healing² kan? sy x pernah lg sampai ke banting ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak⁴ healing dalam kolam, mak healing tepi kolam haha ...

      Delete
    2. Biasalah tu... sepesen je... haha

      Delete
  2. Tak ingat pernah sampai ke tak Pantai Morib ni. Kesian PH, sakit perut mungkin ada alahan haiwan laut bercengkerang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pastilah SK...selama ni makan apa pun okay je :(

      Delete
  3. Nice juga tu. Saya pun kalau setakat 1 malam, tak kisah kalau sempit2 hehe

    ReplyDelete
  4. ada pool anak2 pasti seronok....yg lain2 depa tak heran sgt

    ReplyDelete
  5. Besar bilik kat resort ni ye. Sis salah makan kat mana tu? Biasanya makan seafood yg dah tak elok tu yg boleh trigger diarrhea teruk.

    ReplyDelete
  6. bila PH share staycation sy dah pening fikir lagi 2minggu nak cuti sekolah ni tak tau nak kemana

    ReplyDelete
  7. Kesian PH kena diarrhea, memang potong mood dan rasa x selesa la kan..resort kalau ada pool memang seronok la..especially anak- anak kan

    ReplyDelete
  8. Menarik juga Villea Morib ni..Saya pernah sekali dua ke Morib menginap di Rumah Persekutun ( untuk kakitangan kerajaan) tapi kena bayar la juga🤭
    Dulu monyet banyak kat pantai tu

    ReplyDelete