Angah joined program ni hujung minggu lepas. Dia ahli Pengakap Laut. Aktif group Pengakap Laut di sekolah dia. Angah pun dah beberapa kaki joined aktiviti PL ni.
Tahun lepas dia joined Kursus Asas Bomba.
Mula tu berbelah bagi juga kami nak bagi izin sebab melibatkan aktiviti air kan. Angah tu berenang dalam swimming pool boleh la... Risau juga nak² jauh juga tempatnya, di Putrajaya sana. Ini pun aktiviti luar, bukan anjuran sekolah dan hanya 4 orang berminat termasuk Angah. Angah dan kawan² F2 lagi 2 orang plus seorang F1. Kalau ada abang² senior, boleh minta tolong tengok²kan...
Point no 2 tu buatkan kami ragu² juga nak sign borang kebenaran ni. Tapi sebab 2x dia call, dua² kali dia kata nak join kami izinkanlah. Semestinya bersama berbakul² pesanan penaja dari Ummi Walid :D
Jumaat cuti Awal Muharram tu bergegaslah ke sekolah dia kejap. Selain nak bagi duit belanja (yuran tak termasuk makanan) dan bekal air segala bagai, of course nak peluk cium anak soleh ni. Over betul Ummi dia, anak tu nak pergi sailing course je 🤭
Ada aktiviti solo sailing juga. Bertambah nervous Umminya 😅
Datang ke Marina Putrajaya ni dihantar oleh van sekolah.
Kalau dah namanya Pengakap, wajiblah belajar bab ikatan kan ..
Pagi Ahad ada race...
Angah ni memang suka bagi kejutan manis untuk Ummi tau 🥹
Takde hadiah apa pun, seronok² je race ni. Tapi Ummi tetap bangga sebab from someone who has zero knowledge about sailing, he emerged as the group winner of course it's something to be proud of la kan... Paling penting Angah yakin dan berani cuba benda baru 👍🏻👍🏻👍🏻
Selain aktiviti praktikal, Ummi perhatikan melalui sharing oleh organizer, para peserta juga dilatih untuk memberikan input dalam sesi de-brief. Apa pencapaian mereka, target dsbnya....sorang² diminta memberi pendapat. Bagus, dapat bentuk keyakinan diri peserta 👍🏻
Alhamdulillah program yang sangat bermanfaat dan happening untuk Angah dan semua peserta. Thanks again to the organizer, coaches, trainers, teachers, parents yang semuanya ohsem.
To all participants, congrats!
You guys nailed it 💪🏻
menarik betul aktiviti gini!! terbaekkk
ReplyDeleteOh? Baru tahu ada pengakap laut...
ReplyDeleteKalau pengakap tu, macam2 aktiviti yang berfaedah, tapi tulah, anak linda tak berapa nak bersosial sangat.. hahaha...
ReplyDeleteSaya penasihat pengakap laut tapi sejak berlaku kemalangan / kematian sewaktu aktiviti dalam air suatu ketika dahulu di semenanjung, JPN ambil langkah berjaga-jaga, tidak boleh diadakan aktiviti air lagi.
ReplyDeleteAllahu :(
DeleteIni yg Sy risaukan sebenarnya sblm bagi kebenaran tapi alhamdulillah semuanya berjalan lancar.
Bagus jugak join aktiviti macam ni. Dapat pengalaman.
ReplyDeleteBiasa dengar pengakap dalam dalam hutan je..baru kali ni dengar pengakap laut.
ReplyDeleteTahniah Angah. Alhamdulillah nasib baik ok sahaja.
ReplyDeleteTahniah Angah, baru kak ana tahu sekarang ada Pengakap Laut, PH zaman kak ana dulu Pengakap biasa tu sahaja lah kan, memang nak lepaskan anak aktiviti laut ni risau sangat, Alhamdulillah semua selesai dengan selamat dan memberi pengalaman buat anak-anak..
ReplyDeleteKita jadi mak ni, memang kena doa dan tawakal ajelah bila anak join program2 macam ni, kan. Memang pihak urusetia tak akan bertanggungjawab dgn sebarang kejadian, semoga anak2 kita sentiasa terlindung dari bahaya. Syabas, Angah!
ReplyDeleteIn shaa Allah mana tahu akan jadi pasukan penyelamat atau beruniform di masa akan datang
ReplyDeleteEh ada erk pengakap laut...SA dulu Pengakap..aktiviti lasak je SA suka...bagus Angah, macam ANgah dah target nak ada kerjaya apa in the future
ReplyDeletewaahhhhh bestnya Pengakap Laut!
ReplyDeleteSeronoknya... new experience. Yang penting Angah berani. Bakal pemimpin negara & ummah ni, insyaAllah
ReplyDeleteSeronoknya! Teruja tengok.
ReplyDeleteTapi yelah, kalau jadi mak memang risau bila anak join aktiviti gini. Alhamdulillah semuanya lancar selamat.
Tahniah Angah 👏🏽
Wahh, masuk kursus asas pelayaran! ...Serius best tu, pengalaman rare yang tak semua orang dapat. Bukan setakat belajar teori je, tapi siap belajar cara ikat tali, kawal bot, faham arah angin, dan jaga keselamatan atas air.
ReplyDeleteTahniah, Angah. Bagusnya, dapat timba pengalaman dan belajar benda yang tak semua orang boleh buat.
ReplyDeleteBaguslah Angah.. berani.
ReplyDeleteIngat jauh tu sampai ke Langkawi... Putrajaya rupanya😅😅 ummi ni buat suspen je hehe
Betullah tu.. nak lepaskan anak memang payah.
Risau tu dah tentu kan. Dia minat, kita sokong dan restu. Doa semoga yang baik-baik je. Semangat angah, dapat jadi juara tu. Tahniah. Tak ada hadiah tapi kenangan bermakna buat angah.
ReplyDeleteKhilfi kat sekolah PKBM tp dgrnya nak ditukarkan ke BOMBA je sebab tak aktif labgsung kelab ni
ReplyDelete