Sunday, 20 July 2025

The Old Guards

Seronok pulak menonton movie The Old Guards dekat Netflix tu. Ummi suka lakonan Charlize Theron. Old Guards ni terdiri dari beberapa orang pahlawan zaman dulu². Diorang immortal sebab tu masih hidup di zaman moden ni. Umur pun semua ribuan tahun. CT pegang watak Andromache (Andy). Andromache ni wujud dalam mitos Greek. 

Baru je tonton TOG tu, keluar pula TOG 2. Ummi yang ketinggalan ke tak tahulah. Jarang nak dapat tengok Netflix pun. 

TOG 2  ni pun menarik. Ada Hang Tuah! Of course ada rasa bangga ye bila pahlawan lagenda kita pun ada dalam movie ni. Umurnya dah 2300 tahun :) 

Andy perkenalkan Tuah kpd ahli pasukannya. 

Tuah pegang keris 👍🏻
Bangga ye warisan budaya Melayu kita diangkat ke layar perak begini. 



Well done Henry 👍🏻 

#Busy ya amat jadi up entry santai² je ye 🤗


13 comments:

  1. Henry Golding ke tu? Kenapa macam rupa Rosyam Noor?. Henry ni masa berlakon citer Last Christmas encem sangat.

    ReplyDelete
  2. Ooooo.... ingat, ingat, Henry ni....
    Tumpang bangga jugak

    ReplyDelete
  3. henry golding tetap kacak dulu kini dan selamanya
    kiranya ni cerita luar negara, tapi ada henry golding as pelakonnya ye. bagus dia pilih nama watak melayu dan guna keris

    ReplyDelete
  4. Promosi nama pahlawan Melayu Melaka 😄

    ReplyDelete
  5. teringin nak tgk tv tp tu laaaa tak de masaaa

    ReplyDelete
  6. salams hari isnin hazel, wah menarik kisahnya....

    ReplyDelete
  7. wah bangga lah pahlawan Melayu masuk dalam citer international. Suka tenguk Henry golding ni dulu masa travelog tempat2 pelancongan

    ReplyDelete
  8. Baru nak tanya siapa yg jadi Tuah...

    ReplyDelete
  9. Dulu tak percaya Henry ni orang Malaysia.

    ReplyDelete
  10. Okey boleh masuk list la citer ni...next boleh tengok

    ReplyDelete
  11. Ada tengok sikit ritu bila asben buka.

    ReplyDelete