Thursday, 24 July 2025

Wedding @ Bizmilla Gamuda Gardens


Dapat jemputan dari mantan Head HR PMB untuk ke majlis perkahwinan anak lelakinya di Bizmilla Gamuda Gardens. Alhamdulillah diberi kesempatan untuk kami raikan majlis gemilang En Fikri sekeluarga menyambut menantu pertama. 

Pertama kali kami sampai ke Gamuda Gardens ni. Selalu nampak ferris wheel tu dari tepi highway PLUS tapi kali ni lalu sebelah je. Wah...

Waze bawa pusing sini dulu, baru jumpa jalan yang benar hihi... 




Akhirnya sampai di Bizmilla. 
Cantik dewan Bizmilla ni 👍🏻
Tempat baru dan single building, senang nak cari dan park kereta. 

Dekorasi dewan pun cantik dan elegan. 

Nampak lebih moden dan segar hiasannya. 

Lauk pauk sedap belaka ... Ada ayam masak merah, kurma kambing, fillet ikan... 
Dah zoom gini nampak selambak pulak nasi dan lauknya 😅

Aneka kuih muih dan buah. Macam biasa kita kongsi je kuih muih ni. 
Tapai daun getah lama tak makan. Sesekali jumpa, dapat pula yang sedap 2 bungkus habis :D 

Laksa Siam kata tetamu semeja. Kuahnya rasa lemak², pun sedap. 

Pendek dan panjang dua² kata sedap semuanya makanan yang disediakan ahak! 


Selamat Pengantin Baru buat kedua mempelai 🌹 

Terima kasih banyak tuan rumah atas jemputan. 


28 comments:

  1. Nak juga merasa tapai daun getah dengan laksa siam tu...sedapnya!

    ReplyDelete
  2. Selamat pengantin baru, pengantin lama dapat makan sedappp.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Exactly SK... Pengantin Baru mesti malu² kan, biaq pengantin lama ni makan puas² ahaha

      Delete
  3. Sedapnya lauk kenduri. Lama tak makan tapai daun tu. Sedapnya la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila makan di rumah kenduri, lagj terasa sedap dan istimewanya kan Cie

      Delete
  4. setakat ni makanan di bizmilla tak pernah mengecewakan.. dah beberapa venue bizmilla sis pergi, semua sedap-sedap.. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Airene. Akk pun pernah bbrp kali dah makan kenduri di Bizmilla, mmg tak mengecewakan 👍🏻

      Delete
  5. yang bergantungan tu lampu ke? betul2 elegan dekorasinya

    ReplyDelete
  6. Lain kali jangan zoom... ambil angle jauh jadi nampaklah kita ambil secoet je 😁
    Ada laksa siam tu... sedappp uiii

    ReplyDelete
  7. mcm pernah gi wedding kat hall ni...cantiks

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bizmilla ada banyak cawangan juga MA... Tapi yg ni nampak modern dekonya

      Delete
  8. Ada tapai tu sedapnya.....tempat pun cantiknya PH.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah Ezna, makanan sedap, tempat pun lawa. Perfect 👍🏻

      Delete
  9. Lawa dewannya. Tapai daun getah....lama tak nampak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan ... Tapi kalau balik Kedah ada juga org jual.

      Delete
  10. Lawa dewannya. Tapai daun getah....lama tak nampak

    ReplyDelete
  11. Banyak betul Dewan Bizmilla ni kan. Makanan sedap2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya dah belas² Kak ... Maju bisnesnya alhamdulillah tumpang gembira la kan...

      Delete
  12. Waaah ada lagi laksa Siam yaaa. Belum coba saya yg ini 😍.

    ReplyDelete
  13. Hebat majlis khawin,seronok ambil gambar banyak2 boleh updated blog dek..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita kongsikan dan abadikan di blog utk kenangan Cikgu :D

      Delete
  14. Masa SA kecik2 dulu arwah Onyang buatkan tapai dalam daun keladi..banyak pantang larangnya...tapi once menjadi memang sedap

    ReplyDelete