Fatima, anak Cik Aida jiran lama kami.
Lama CA dan Uncle H tunggu kehadiran Fatima ni. Alhamdulillah setahun dah umurnya.
Lebih kurang 2 bulan lepas Ummi terserempak dengan UH dan Fatima. UH kata CA nsk buat kenduri besar sempena bday Fatima yang pertama nanti. Ummi pun cakaplah, elok sangatlah tu. Kami dulu pun buat kenduri besar juga, tanda kesyukuran 'dapat' Abang lepas 5 tahun menunggu.
Sampai je di majlis tu, CA terus tunjuk 👇🏻
Subuh² buta dah mesej nak pinjam periuk sebab takut makanan tak cukup jadi depa nak masak makanan tambahan. Bagus pakatan keluarga CA dan UH. Belah CA masak Mee Kari (kuah dalam periuk Ummi tu) dan belah UH pula masak bihun sup.
Memang besarlah kendurinya ni...
Ada lauk udang masak lemak + kundur dengan ikan talang masin selain lauk ayam dan daging.
Soopadoopa pun ada untuk kanak² main. Happening jugalab. Cuma sayang kami tak boleh berlama sebab ada urusan di Selayang pula.
Semoga Fatima membesar dengan baik, sentiasa dilindungi-Nya dan sihat² selalu hendaknya 🤲🏻
Terima kasih daun keladi CA dan UH 🫰🏻
Besar kendurinya...selamat ulangtahun kelahiran Fatima..sedap namanya kan...
ReplyDeletepenuh eksesori tutup meee hihihi
ReplyDeleteMacam nama anak Fattah dan Fazura je Fatima ni. Moga jadi anak yang solehah ya....
ReplyDeleteAlhamdulillah setelah sekian lama menunggu kehadiran zuriat pertama.
ReplyDeleteBesar majlisnya tu.. buat pun kat dewan outdoor ya.
Alhamdulillah, terlaksana hajat parents Fatima..teringat nama watak Fatima nie dlam cerita DOTS.
ReplyDeleteAlhamdulillah, terlaksana hajat parents Fatima..teringat nama watak Fatima nie dlam cerita DOTS.
ReplyDeletemeriah betul majlisnya! food pun nampak sedap2 belaka tu
ReplyDeletesedapnya macam-macam jenis makanan ada...alhamdullilah genap usianya 1 tahun, happy birthday fatima 💝
ReplyDelete𝑀𝑒𝑟𝑖𝑎ℎ𝑛𝑦𝑒𝑟𝑟 .. 𝐻𝑒ℎ𝑒
ReplyDeleteMula², ingatkan kenduri kahwin Fatima, hihi. Memang kalah kenduri kahwin ni, PH. Semoga Fatima panjang umur, sihat & ceria selalu, Amiiinnn YRA. Mee Kari tu mesti sedap guna periuk PH, berkatttt tu.
ReplyDeletemeriah menu dan nampak sedap belaka. barakallah fii umrik fatima.
ReplyDeleteMeriah kenduri..tetamu puas hati sajian special tu dek
ReplyDeleteAmmi masa dpt Kyra pun buat kenduri kesyukuran juga (tp size manja2 je) sebab lama juga nak dpt anak sulung. Lepas episod nangis, nangis, nangis dan nangis lagi alhamdulillaj Allah bagi juga senyuman besetta tangisan itu buat kami
ReplyDeleteMeriah betul macam-macam menu ada. Mahu rambang mata nak makan mana satu dulu ni. Ada mainan kanak-kanak juga. Alhamdulillah...syukur atas apa kurniaan Allah, dapat juga berkongsi rezeki dengan tetamu.
ReplyDeleteWaaah pasti sedap2 makanannya 😍😍😍. Nasi minyak memang biasa untuk syukuran kan. Di sini pun sama. Kalo syukuran untuk anak, dulu teman saya juga buat agak meriah, berhubung mereka lama baru dikaruniakan anak. Tanda bersyukur lah dan berbagi rezeki dengan tetangga . Semoga Fatima juga tumbuh besar dan sehat, jadi kebanggaan orangtuanya kelak
ReplyDelete