Sunday, 31 August 2025

Selamat Hari Kebangsaan ke 68 πŸ‡²πŸ‡Ύ

Selamat Hari Merdeka semua! 

Acara wajib setiap kali tiba Hari Kebangsaan, tengok perarakan Merdeka. Walaupun sekadar di kaca TV, tapi tetap terasa kemeriahannya. 

Biduanita Negara 😍
Lawalah baju Tokti ni... 
Warna burgundy kan? 
Baju yang Tokti pakai pergi rehearsal pun dengarnya sold out ye? Kuat betul penangan Tokti. 

Seperti biasalah kan, pertunjukan udara paling ditunggu². Kali ni Panglima Tentera Udara sendiri terbangkan pesawat Sukhoi dari Pengkalan  Udara TUDM Subang ke Putrajaya. Paling win masa pesawat buat formasi turun dan terbalik. Tak pasti Tan Sri atau juruterbang lain yang buat formasi tu. Tak dengar sangat pengacara TV cakap apa. Dah masing² excited, riuh rendah suara kami anak beranak je πŸ˜† 

Kami lepak di rumah je long weekend ni. 
Relax & recharge @ home sweet home. 


15 comments:

  1. Selamat menyambut Hari Merdeka ke 68. Tak dapat tengok tokti nyanyi tadi. Kami pi sambutan juga kat Lipis ni. Tokti kami nyanyi kat Putrajaya pulak. Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kasi chance la satu Malaysia pinjam Tokti sat :D
      Selamat Hari Merdeka πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡Ύ

      Delete
  2. Masa Tokti menyanyi dengar dari bilik je sebab tolong Wafi hair dry. Ulang tengok kat YT.
    Dah jadi habit kan... setiap kali sambutan Hari Kebangsaan mesti nak tengok kat TV. Rasa teruja dan semangat bila lagu² patriotik dimainkan. Rasa nak marching sekali😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy tengah goreng nasi Kak, si Abg jerit² bgtau Tokti nyanyi Ummi. Sudahnya dia yg kena goreng nasi, sy gi tengok Tokti πŸ˜†
      Betul Kak, tak sah tak tengok perarakan Merdeka kan

      Delete
  3. Salam Merdeka, PH. Samalah kita lepak kat rumah jer cuti kali ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Merdeka πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡Ύ
      Rasa lama pulak bila cuti tak kemana² ni kan

      Delete
  4. Haha, sama kita menonton ja..tumpang sekaki dengan anak2 yang balik dari jauh...salam kemerdekaan kali ke 68 ya.Moga kita merdekakkan hati dan jiwa dari keegoan diri..aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya sama² kita merdekakan diri dari sifat negative juga.
      Selamat Hari Merdeka πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡Ύ

      Delete
  5. Selamat Hari Kemerdekaan ke 68. Moga kita hidup aman damai dengan pelbagai kaum dan bangsa serta agama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Merdeka πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡Ύ
      Aamiin 🀲🏻

      Delete
  6. Salam Kemerdekaan! ✨
    Moga negara kita terus aman, makmur & bersatu padu walau berbeza bangsa, bahasa dan budaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Merdeka πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡Ύ
      Aamiin 🀲🏻

      Delete
  7. Aik baju yang masa rehearsal tu nak beli kat mana PH? Ye betul..baju dia cantik sangat..kasut tinggi dia pun tinggi betul...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat TT apa ntah, tak ingat la SA...
      Tu la kasutnya tinggi nak nari² lagi.. hebat Tokti

      Delete
  8. MZ BW ni so selamat hari kebangsaan yg ke 68 utk PH!

    ReplyDelete