Monday, 4 August 2025

Early Dinner @ D'Faza SG

Otw balik ke rumah lepas hantar Abang Angah balik ke asrama, kami singgah minum petang/early dinner. Walid minum petang, Ummi and gegirls dinner terus la. Alang² dah sampai kedai, order makanan berat terus la. Tak payah masak dah hihi... 

Ummi order Kue Tiau Celup Daging (KTCD). Datang bersama meatball sebiji dan telur goyang (poached egg). Harga semangkuk RM10. Sedap dan mengenyangkan. 

Kakak order CKT dan Adik as usual, Megi Goreng. Dia minta pedas. Memang pedas menyengat. Cili bukan setakat diketuk² manja tapi ditumbuk² dan tumis sekali dgn segala rencah. Cili jenis pedas, sampai kami yang dewasa pun rasa pijar di lidah. Selalu minta pedas di kedai lain tidaklah sepedas ini. Cili tu sama ada dihiris atau diketuk. Pulak, yang nak makan pun budak. Maybe cook tak perasanlah kan sebab bukan dia yang ambil order. 
Itu yang sepedas² alam dia masak 🫣

Walid order roti bakar. 
Sedap 👍🏻 
Sebelum balik Kakak minta tapau lagi satu set roti bakar. 

Malam tu kami dah tak makan malam. Ummi masak nasi dalam mug je utk Walid. Lauk siang ada lagi, cukuplah untuk Walid sorang. 

16 comments:

  1. susah betul nak cari mi celup yang kena dengan tekak. tebal betul roti bakar tu ye.

    ReplyDelete
  2. Kuetiaw Celup Daging tu, sedapnya PH, first time tengok ni.

    ReplyDelete
  3. wow kuetiaw tu mengoda sungguh. Tak pernah makan sebab jarang jumpa menu ini

    ReplyDelete
  4. mi celup susah nak cari yg betul2 kena dengan tekak, dulu dekat putrajaya ada 1 kedai, boleh dikatakan setiap bulan nak makan me celup situ, tapi skrg dah kurang maybe dah tukar tulang masak kot...

    ReplyDelete
  5. first time nampak mee celup ada poached egg dalam dia.. sis tak biasa makan atau order mee celup.. kalau mi sup tu ada la.. hehehe..

    ReplyDelete
  6. rare ni kuehteaw celup ada meatball & poached egg

    ReplyDelete
  7. Ya betul PH....makan siap2 berat dan tak payah dah masak. Hooray....

    ReplyDelete
  8. errr mcm tak perasan plak kedai ni kat mana yer? nama mcm familiar

    ReplyDelete
  9. tergoda tengok hazel punya menu....nampak sedap

    ReplyDelete
  10. Saya suka jenis kalau mintak pedas ditumis sekali. Kalau jenis potong-potong tu tak best makan. Tapi kalau pedas sangat struggle juga nak makan habiskan. Roti bakar dia tu nampak sedap, jenis roti tebal.

    ReplyDelete
  11. Tak pernah lagi makan kueh tiow celup yg ada poached egg

    ReplyDelete
  12. Penasaran rasa pedasnya 😍😄. Saya nih memang suka pedas, tapi kalo menutupi rasa lain, yg ada hanya pedas, tak nak juga 🤣. Soalnya ada di sini Indomie pedas berlevel kak. Level 1, cabe rawit yg dipakai hanya 1. Sampai level 100 cabe rawit pakai 100 😂😂😂.

    Memang nak mati mau makannya. 1 suap menyerahlah, takut pula lambung saya drop 😂

    ReplyDelete
  13. Ok SA terliur dengan CKT celop PH tu..SA ni kalau celup2 ni prefer mee...kenapa la kat Seremban susah nak jumpa yang sedap erk?

    ReplyDelete
  14. Kat ofis ni sejukkk.. nampak kua teow celup tu rasa nak hirup je.

    ReplyDelete