Friday, 1 August 2025

Riadah @ Taman Tasik Sri Gombak

Lari dari kebiasaan, kali ni beriadah di Taman Tasik Sri Gombak (TTSG). Kalau beriadah dengan family, pergi ke tempat² begini lebih sesuai. 

Ramai pengunjung, pelbagai kaum dan peringkat umur. Bila beriadah di tempat proper begini lebih seronok dan bersemangat sebab semua orang datang dengan tujuan yang sama, nak beriadah. 

Lama tak datang sini.
Baru perasan jambatan tu dicat baru. Terang betul warnanya. 

Selain brisk walking, guna juga peralatan bersenam yang disediakan. Hari ni memang berpeluh sungguhlah sebab brisk walking dan guna peralatan senaman ni. 

Lepas beriadah, sarapan pula Pulut & Ikan Kering. 
Mantappppp :3 



15 comments:

  1. Seronoknya jalan laju tempat lain pula. Cuci mata sekali.

    ReplyDelete
  2. betul tu, beriadah kat tempat yg ramai orang camni baru rasa bersemangat sikit!

    ReplyDelete
  3. Seronok ada taman tasik lengkap ada peralatan senaman. Baru semangat nak bersenam dan beriadah.

    ReplyDelete
  4. Taman tasik ni yg dekat dgn masjid tu ye kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye betul Ily. Opposite masjid Al khairiyah

      Delete
  5. Betul tu, seronok dapat beriadah di tempat yang menarik macam ni. Ada vibes beriadah tu lagi bersemangat. Elok juga tu jambatan di cat dengan warna terang begitu, menarik perhatian dan nampak lagi wow.

    ReplyDelete
  6. Ini yang best! Lepas briskwalk isi perut.

    ReplyDelete
  7. nampak best tempat tu....ada tasik

    ReplyDelete
  8. Best brisk walk tempat ada view. Boleh cuci2 mata. Pulut tu sedapnya makan dengan ikan kering.

    ReplyDelete
  9. kami dh lama tak singgah sini wpun hari2 lalu pagi ptg sbb our route utk kuar masuk bkt permata

    ReplyDelete
  10. pagi semalam SA jenjalan gak..tapi dari lorong ke lorong...lepas tu panas, balik rumah terus..hehehe...dapat berpeluh sikit pun jadi la kan...tapi tu la x bawak handphone..

    ReplyDelete
  11. Pulut & ikan kering, sedapnya

    ReplyDelete
  12. Tang briskwalk biasa, tp tang sarapan pulut luar biasa sedapnya ahakss

    ReplyDelete
  13. Oh ini daerah batucaves ya kak. Dah lamaaaa saya tak kesana. Trakhir sebelum pandemi. Teringin kesana lagi ajak anak2.

    Nih lah nak ke KL dan Ipoh awal nov nanti. Tp sayang anak2 belum bisa diajak sebab sekolah.

    Pulut dan ikan , blm pernah saya cobaa 😍😍. Menarik laah.
    Btw, tadi baca komen Kaka, Gurih itu maksudnya savoury kak ☺️. Sama macam Umami. Bukan rasa yg manis, tapi cendrung kombinasi dari manis, asin, dan rasa lainnya. Dessert kebanyakan manis. Keju, daging, ikan , sop, nah itu gurih . 😁

    ReplyDelete
  14. Pulut + ikan kering belum pernah makan.. cam sedap je... nampak ada kelapa parut tu.

    ReplyDelete