Saturday, 30 August 2025

Jalan² @ Melawati Mall

Walid nak cari baju kerja dekat Polo Haus Melawati Mall. 
Ummi nak cari hadiah utk cikgu yang bakal berpindah. 
Sampai main entrance, kami bawa haluan masing² haha... Malas nak teman Walid cari baju, ceferefewetfet 🀭

Cantik deko Merdeka di MM ni. Simple tapi nice kan... 

Ummi gi Brand's Outlet dulu. 
Nampak beg ni berkenan, angkatlah satu. Memang nak cari beg untuk daily use sebab beg Ummi dah rosak. Then ambil blouse sehelai. Suka cari blouse dekat sini, banyak cutting jenis loose dan labuh. Harga pun affordable. Dua items ni RM80 je. 

Bagai dikata, Ummi dah habis shopping Walid dok memilih baju lagi 😁

PWP duffel bag RM38. Bolehlah buat isi kain baju untuk overnight stay memana. 

Lastly barulah pergi cari hadiah. Alhamdulillah jumpa yang dihajati. 

Selamat menyambut Hari Kebangsaan ke 68! 
πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡Ύ


12 comments:

  1. Wahhh.. murahnya dua items RM80 jer. Blouse dapat, beg baru pun dapat. Mesti tambah happy sebab dapat pwp duffel bag tu RM38 sahaja, berbaloi³. Eh, kiranya orang lelaki sebenarnya lagi cerewet dari ompompuan, betul tak?

    ReplyDelete
  2. sesungguhnya.. sis setuju dengan PH.. orang lelaki memang cerewet bab baju ni.. sampaikan baju sis pun kadang2 dia je la yang pilih.. kang dia x berkenan, susah pulak kan.. hehehe..

    ReplyDelete
  3. Perasan tak? Bentuk building Melawati Mall tu adalah reflect Bukit Tabur Melawati kat belakang mall tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. La ye ke Uncle? Tak terfikir sebelum ni, tp bila Uncle cakap ni baru perasan. Selalu mmg nampak design dia ala batu² mcm gitu tp tak terfikir pulak Bukit Tabur tu. Good info tq Uncle πŸ‘πŸ»

      Delete
  4. Suami agak cerewet untuk semua barang yang dibeli. Kita dah siap beli semua dah....dia masih memilih....huhuhu

    ReplyDelete
  5. Suami agak cerewet ni lama kita nak tunggu nak membelek kan. hihi..bawa haluan masing-masing, kita dah shopping dia pun tak habis lagi. Terbalik sudah gaya shopping suami isteri.
    Simple betul decoration Merdeka.

    ReplyDelete
  6. Selamat menyambut Hari Merdeka ke 68. Cie pun suka masuk BO banyak pilihan.

    ReplyDelete
  7. Puas hati tu dapat 2 item dengan harga gitu.
    Akak rasa cam tak pernah ikut husband beli pakaian dia🫒

    ReplyDelete
  8. Suami kita sama. Bab pilih barang, punya la cerewet. Penat nak melayan. Huhu..

    ReplyDelete
  9. Cantik deko merdeka tu ..simple nampak semangat patriotik .. CCL pun ada juga pakai handbag brand BO ..murah tapi kualiti best ..sampai sekarang masih pakai ..

    ReplyDelete
  10. Rasa- rasa semua lelaki cerewet pilih barang kan...

    ReplyDelete
  11. Sama dengan suami saya. Dia paliiiiing lama kalo dah milih outfit. Dan sepatu dia, lebih banyaaaak drpd sepatu saya di rumah 🀣🀣. Ini pun di KL nanti dia dah wanti2 saya kak, harus singgah ke Mitsui outlet itu. Dia nak cari sepatu 🀣.

    ReplyDelete