Saturday, 30 August 2025

Recap ~Week 34, 2025

Week 34: 20/8-26/8, 2025

RABU Ziarah kubur Tok. 
Sekarang ni pergi kubur pun rasa tenang, faktor usia kot. Dulu kecik² lalu depan kubur takut 🫣 Tapi, hari² kena juga lalu sebab nak pergi sekolah agama di masjid. 

KHAMIS Acara mingguan bacaan Yasin F5. Kali ni diketuai oleh Ustaz Muhammad Ariffin @ Uncle Ipin. Anggota kumpulan nasyid Hijjaz ayah Hadi ni.  

JUMAAT Macam takde apa² yang menarik  :) 

SABTU Kakak joined bengkel online ni. Bagi warm up sikit pasal PKSK ni sebab sekarang ni fokus dia PSRA. Pagi Walid joined Gotong Royong Madani dan tengahari kami makan kenduri di Batu Muda. Full of activities today

AHAD Lepas beli karpet tu, pusing² sekejap dekat Taman Rekreasi Gua Damai ni. Ramai tengah beratur nak rock climbing

ISNIN Selesaikan bayaran KSIB Abang. Ikutkan takde outstanding tapi AJK  minta bayar advance untuk 3 bulan akan datang sebab KSIB nak pakai duit. Ialah banyak program nak dilaksanakan untuk anak² F5 ni. 

SELASA Walid singgah solat Maghrib dekat Shell MRR2, beli teh ais dekat Shell Cafe. Saja nak rasa. Rasa teh kurang, lebih rasa susu. Bolehlah takat nak rasa. 

12 comments:

  1. Uncle Ipin itu sepupu saya. Hehe.
    Good luck untuk SPM.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai keciknya dunia :)
      Aamin tq NA 🀲🏻

      Delete
  2. salam hari kemerdekaan negara kita yg ke68!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Merdeka πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡Ύ

      Delete
  3. Taman Rekreasi Gua Damai tu macam biasa lalu pula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pernah sampai ke Kak? Kami tak pernah masuk pun, lalu dekat luar je.

      Delete
  4. Weekend penuh makna ziarah kubur untuk mengingati, majlis bacaan Yasin untuk doa, dan riadah santai di Gua Damai untuk menenangkan jiwa

    ReplyDelete
  5. Selamat menyambut kemerdekaan ke 68 tahun PH...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Merdeka SA πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡Ύ

      Delete
  6. Betul kak. Dulu zaman kecil selalu seram kalo lewat kubur. Mungkin terpengaruh Krn mitos dan film. Tp skr ini, lalu malam2 di kubur yg dekat rumah pun, biasa saja πŸ˜„

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas tu sekarang banyak lampu jalan, kebanyakan tempat sudah terang dan kuburnya juga bersih. Kubur dulu² di tempat Akk semak, jarang sekali dibersihkan kecuali mau sambut puasa dan raya

      Delete