Paklong share gambar ni dalam group WA kami adik beradik... Macam tau² je Ummi sekarang ni amalkan morning walk :)
Cortisol tu related to stress hormone, kalau tinggi boleh sebabkan pelbagai penyakit fizikal dan mental.
Dopamine pula secara amnya hormon gembira yang dilepaskan bila kita cuba capai sesuatu untuk reward diri sendiri.
Alhamdulillah Ummi berjaya kekalkan rutin morning walk sejak sebulan lepas. Ada juga sehari dua skipped tapi alhamdulillah berjaya jadikan ianya rutin harian.
Masa awal² dulu nak dapat 2km ni mengah, jalan pun slow² je. But after some time makin laju pace-nya dan 2km ni rasa mudah je. Dah dapat rentak kata orang. Hari² tukar route supaya tak bosan and for safety reason jugalah. Sesekali bila keluar ke SG, singgah di Taman Tasik Sri Gombak.
Poster ni juga salah satu wake up call untuk Ummi berjinak dengan aktiviti morning walk. Bila kata betis ni jantung kedua, rasa risaulah juga sebab Ummi selalu sakit dan lenguh di bahagian betis terutamanya masa nak tidur. Puas jugalah nak dapat tidur atau tidur semula bila terjaga di tengah malam. Sekarang alhamdulillah tidur Ummi lebih selesa dan tak lagi susah nak tidur sebab betis dah tak lenguh alhamdulillah.
Alhamdulillah istiqamah PH. Saya kadang-kadang dapat jalan pagi. Saya banyak jalan waktu petang.
ReplyDeleteCramping tak betis tu? Kita selalu waktu mengandung...simpul biawak kabonya...Kikiki...
ReplyDeleteTak cramp tapi lenguh sangat.
Deleteooo..linda kalau lenguh, cnfrm lah kaki tido atas bantal.. hahaha...
DeleteOh, patut la gembira je bila berjalan2 makan angin 😅 hehe. TQ share. Saya dah lama tak brisk walk dekat taman pagi2. Kena start balik ni.
ReplyDeleteAlhamdulillah..Tahniah kak, terus amalkan gaya hidup yang sihat. Seronok ni kalau dah mula. Banyak manfaatnya walaupun hanya berjalan. Itu yang ada kempen 10,000 langkah tu kan.
ReplyDeleteterima kasih atas perkongsian.. info yang menarik
ReplyDeleteNak mula berjalan jugaklah, bila nak ada semangat ni. Pinjam semangat PH boleh?
ReplyDeleteDah courier dah haha...
Deletesangat baik untuk kesihatan kan PH :)
ReplyDeleteammi baru buat research tadi "what causes acne in women over 40s"... dan antara jawapannya stress yang akan increase cortisol and inflammation. sakit woooo pipi-pipi ni bila jerawat merata
ReplyDeleteOh ye? PH alhamdulillah takde masalah acne tapi bintik² hitam, kulit muka kering tu adalah.
DeleteBtw, kena berjalan selalulah Ammi utk reduce cortisol level tu kan
dalam hati dah ada niat dah nak brisk walk, tapi balik kerja pun dah dekat marghrib. sejak-sejak almost 40 ni memang lemah je rasa badan. ingat nak beli track mill la.
ReplyDeleteNak jugak try hari2 tapi aiihh banyak alasan betul.
ReplyDeleteMasya-Allah, hebat, PH. Semoga istiqamah berjalan pagi, ye. Patut bila jalan lama, rasa happy je. Ada hormon dopamin tu, bertambah. Dulu-dulu pun saya selalu rasa lenguh di betis. Tapi sekarang dah takde. Banyak kalori burn PH. Saya nak dapat 200 tu, kena kat luar. Kalau kat walking pad saja, nak capai 200 pun susah.
ReplyDeleteWah kena ambil semangat ni. Tu yang parking jauh supaya dapat jalan lebih sikit.
ReplyDeleteJom la kita berjalan PH....
ReplyDeletesyok dpt morning walk..nk2 dkt tasik tu...kita dh lama tk briskwalk tu pn indoor je atas treadmill
ReplyDeletebestnya dpt buat rutin yg menyihatkan badan
ReplyDeleteDulu sebelum rutin workout, saya merasa napas saya mudah habis, cepat letih. Memang tak best sangat .. tapi memang kak, sejak rutin olahraga dari 2020 lalu pas pandemi, saya merasakan sangat badan jadi bugar, tidak mudah letih. Dan saya selain treadmill 4x seminggu, juga latihan kaki, supaya betis kuat dan otot kaki bisa bertahan sampai tua. Sebab pernah terbaca juga, otot kaki yg tak pernah dilatih, akan buat orang2 tua menjadi lebih cepat sakit terutama osteoporosis. Latih dari sekarang, biar saat tua, kita tetap kuat melakukan aktifitas apapun.
ReplyDeleteSaya terinspirasi juga dari bapak eks PM Malaysia Tun Mahathir , yg masih bugar sampai skr. Itu ga mungkin tanpa olahraga dan jaga makan.
Ada olahraga kaki dari China yg saya sering lakukan skr . Awalnya susah, macam nak jatuh, lama2 jadi lancar menggerakkan lutut depan belakang sambil jinjit
Morning walk tiap pagi memang terapi jiwa
ReplyDeleteAghhh... MW setiap hari... bikin jeles😁
ReplyDeleteAgree.. Kena tukar route untuk hilang bosan dan faktor keselamatan.
nak dapat seminggu sekali sekarang ni pun susah, bila abinya sibuk 24jam.. 🥹🥹🥹 bila tak berjalan, mulalah badan rasa lemau..
ReplyDeleteSA nak start semula briskwalk nanti next week...sekarang tgh injured so kena rehat dulu
ReplyDelete