Wednesday, 23 July 2025

Sukarelawan F5

Ummi Walid bagi nama sebagai sukarelawan F5. Tugasnya menyantuni anak² F5 pada minggu² semua murid form lain pulang bermalam (PB). Kantin pun tutup. Anak2 F5 ni biasanya ada kelas back to back untuk persediaan SPM. Jadi pihak KSIB F5 ambil inisiatif sediakan makanan dan minuman untuk morning break depa. Isi tangki perut dan tangki emosi anak² yang kepenatan dan kelaparan :D Makanan di Dewan Makan tetap disediakan; breakfast, lunch, tea, dinner and supper. KSIB slot in minum pagi. 

Sabtu lepas Ummi Walid ada kelapangan untuk ikut serta... Antara tugasannya agihkan makanan dan minuman untuk anak² ni sambil tanya² khabar mereka. 

Menu Sabtu lepas nasi goreng telur mata dan air oren. 

Santuni buah hati dan kawan²nya... 

Ni menu mak², potluck sorang sikit. Sekolah tak benarkan bawa makanan luar untuk anak² kecuali roti, air dll yang ada expiry date. Nak elokkan keracunan dsbnya. Jadi makanan untuk anak² F5 kena tempah dengan kantin sahaja. Apa² berlalu, senang nak detect sumbernya/puncanya. 


Sebelah petang ada program lagi. Tapi Ummi Walid tak joined. Nak jemput Kakak balik mukhayyam pula. 

Petang tu pun ada makan² juga untuk anak² F5. Ada di antara sukarelawan yang stay sampai petang. Thanks so much guys 🫰🏻

Ni hari Ahad. Team lain pula yang terlibat. Kami tak available that day

Seronok join aktiviti gini, dapatlah berkenalan dan bertukar² fikiran dengan parents lain esp tentang pelajaran anak² ni la... Ummi pun dapat kawan baru juga. 

Terima kasih daun keladi, lain kali kita jumpa lagi :) 

14 comments:

  1. Bab makanan tu bagus juga. Sekurangnya boleh detect punca jika berlaku keracunan makanan. Apa pun best join aktiviti macamni bagi ibu bapa yang terlibat. Kenal kawan anak dan ibu bapanya jika ada turut sama.

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah...seronok bila dapat join aktiviti sek, dapat berkenalan dengan ibu bapa yang lain

    ReplyDelete
  3. bgs dpt join aktviti jd sukarelawan

    ReplyDelete
  4. Seronok tengok PH, rajin join program² sekolah.

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah.. rajin PH join aktiviti anak-anak.. dulu klau sis ingat masa sekolah, ayah yang rajin join.. mak taknak ikut, sebab mak pun cikgu sekolah juga, cuma sekolah lain.. hehehe..

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah..seronok tgk parents terlibat dgn aktiviti sekolah..

    ReplyDelete
  7. bagusnya u rajin attend program sek anak2! emmm i kurang kerajinan laaaa

    ReplyDelete
  8. seronok dpt join program mcm ni... at least parents dpt tahu secara langsung apa yg berlaku...

    ReplyDelete
  9. Seronok juga dapat join program kat sekolah. Tapi tu la Cie ni sejenis introvert paling elak nak join. Hihi

    ReplyDelete
  10. Mudah juga order dari kantin.
    Seronok tu anak duduk tak berapa jauh... mudah nak ulang alik 😅

    ReplyDelete
  11. Kalau ada sukarelawan kat sekolah, pasti saya juga salah seorang yang volunteer.

    ReplyDelete
  12. Kalo acara ramai begini, memang seringnya makanan dibatasi, tak boleh sembarangan dari luar. JD yg potluck menu utk emaknya saja yaa 😄

    ReplyDelete
  13. Tak jelas ya gambar ..apapun itu hak kita kan..the mostly penulisan yang di fahamai..Terima kasih ada bloglist blog Etuza..

    ReplyDelete
  14. Samalah utk sekolah Kyra, kami parents bersatu hati kumpul dana utk sediakan tea break anak2. Mana yg dekat offer diri utk hantar and serve pd anak2

    ReplyDelete