Friday, 29 September 2023

Hadir di Stadium Sultan Ibrahim

Semasa perlawanan ACL (AFC Champions League) JDT vs Kawasaki Frontale minggu lepas (19/9) Walid ada di JB. Alang-alang ada di situ, rugilah kalau tak ke Stadium Sultan Ibrahim support Harimau Selatan kan? 

Kebanggaan Bangsa Johor 💪

Fasiliti dalam stadium semuanya tip-top. Ada surau yang besar, bilik air yang bersih dan semuanya dijaga dengan elok. 

Happening sangat dalam ni kata Walid. Ialah, JDT kot 😁

Seat Walid ni tak jauh dari tempat geng JDT (yang tak main) dan keluarga mereka. Nampaklah Aidil Zafuan dan Syafiq Ahmad malam tu. 

Manakala dengan Safawi Rashid dan Fergus Walid sempat bergambar. Dekat padang nampak rendah je Pawi tapi in person tinggi orangnya

Fergus memang tinggilah, international size...

Walaupun tuan rumah kalah tipis malam tu, tetaplah kenangan manis yang dibawa pulang oleh Walid :) 

Dan sekalung tahniah buat JDT yang dah sah rangkul Juara Liga untuk kali ke 10 berturut-turut. 

Walid tengah tunggu kot² JDT keluarkan baju limited edition macam Champion8 dulu. Hopefully adalah kan... Bukan senang nak cipta rekod juara 10x berturut-turut. 

Tahniah JDT! 





4 comments:

  1. Seronoknya Walid bergambar dengan pemain-pemain JDT.

    ReplyDelete
  2. SA hari tu kat JB, ada la tercakap nak amik gambar kat stadium JDT tu..masa tu ada si Khalaf..kan babah dia nak spend time ngan SA..meroyan budak tu cemburukan SA ngan babah dia..siap perli2 pergi amik gambar kat Stadium la itu la..ini la..overthinking betul dia

    ReplyDelete