Friday, 29 September 2023

Cuti Maulidur Rasul

Credit: JMNS

Cuti Maulidur Rasul kami tak ke mana pun, sekadar berliburan di Sri Gombak saja :p 

Pukul 8-10 pagi Walid ada latihan kawad untuk perarakan Maulidur Rasul, wakil surau kami. Kata Walid, jurulatih kawad tu askar pencen kot... patutlah kemain kuat suaranya bila bagi arahan, dengar sampai ke rumah kami 😆 

Usai latihan, kami keluar sekejap ke SG. Walid nak ke Al Haraman, nak beli kopiah hitam sebab kopiah yang surau provide untuk perarakan besar sikit saiznya. Singgah dulu di Hyper Pet, beli cat litter untuk Mem Besaq :) Sebelah pet shop ni ada JeeMart (Lotus' mini mart) Nampak macam ada clearance sale... 25% dan 50% diskaun untuk barangan terpilih. 

Kata cashier, semua barang dalam kedai nak let go, tak restock dah. Tak pasti sama ada kedai nak tutup atau pindah.

Ummi stock up groceries mana yang dah nak kehabisan dan memang akan digunakan, tidaklah sauk semua walaupun ada diskaun. Nanti over spent pulak... dari nak jimat terboros pulak :) 

Lepas Ummi selesai, turn Walid pula shopping... 

Beli garbage bags, cleaning items dan jajan...

Kemudian kami ke Pustaka Rakyat, Ummi nak beli buku latihan untuk Angah. PKSK Angah 16/10, hari pertama dan sesi pertama. 13/10 final paper PSRA huhu... Doakan sama ye acik² 🤗

Otw balik, nampak ada orang jual cadar patchwork. 

Reward diri sendiri kononnya tapi beli untuk bilik anak² sorang satu jugak 🤭 

Alhamdulillah kecik besar nikmat Allah bagi, itu semua rezeki yang harus disyukuri. 


14 comments:

  1. Salam maulidur rasul PH and family..SAa bawak anak2 pi muzium negara je..x kemana pun sebab Jumaat kerja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bestnya gi muzium... bolehlah bawa my kids gi sana, belum pernah pergi diorg ni ...

      Delete
  2. fighting Angah!hari pertama PKSK tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye Mama Pia... dok harap 2nd week tu, dapatlah study lebih sikit huhu... adalah hikmahnya tu Insha Allah :)

      Delete
  3. skrg lucky draw if dpt groceries yang ada sales. brg semua mahal kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, likes hitting a jackpot kan? Serba serbi mahal so bila jumpa stock clearance sale camni mmg rugi if x grab.

      Delete
  4. Replies
    1. Sama² kita perbanyakkan selawat ke atas Baginda SAW.

      Delete
  5. Salam Maulidur Rasul.
    hehehee... kita pun suka cadar patchwork. Cantik!

    ReplyDelete
  6. Sakan juga beli barang dan cadar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Barang offer NA...belilah sbb mmg utk kegunaan harian :)

      Delete
  7. Kami bercuti di rumah, masak2 anak balik rumah. Cantik cadar.

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah..
    Mak mak gitu la kan..
    kalau beli barang untuk reward diri..habis 1 rumah pun dapat🤣

    ReplyDelete