Tuesday, 18 August 2020

Tempah Wardrobe di Mom's Kitchen Design, Sti Gombak


Siri akhir kisah renovation bilik tidur bulan June hari tu...


Untuk wardrobe kami pilih Mom's Kitchen Design sebagai kontraktor. Tak sangka di Prima Sri Gombak ada kedai bumiputra yang specialised in kitchen cabinets/wardrobe makings, renovation, deco dsbnya berkaitan rumah. Sebenarnya kami main terjah je tanya dulu buat wardrobe ke tidak sebab di papan iklan tulis kitchen design. Contact yang diberi oleh Aiman Kontraktor ada. Tapi kedainya di Bukit Beruntung, jauh sangat. Alhamdulillah Mom's Kitchen Design sedia membantu. 

Credit: Mom's Kitchen Design 

Kedainya terletak di tingkat satu, bersebelahan Celcom Blue Cube, Prima Sri Gombak. Dari luar boleh nampak iklan promo harga dari kilang ditempek pada cermin kedainya. Apa lagi, singgahlah :)


Berurusan dengan pemiliknya, Pn Rozita (Ita) sangat mudah. Ramah tamah, mudah mesra, senang berkongsi idea dan pandangan sangat memudahkan urusan kami. Maklumlah ini kali pertama kami menempah wardrobe. Banyak yang kami tak tahu dan Ita sangat membantu. Kalau boleh dia kata boleh, kalau tak boleh dia kata tak boleh. Very helpful. Ita ni orang Kedah juga jadi boleh bayang kot riuh rendah kami berbincang. Silap hari bulan orang ingat tengah bergaduh ๐Ÿ˜‚

Kos wardrobe banyak bergantung kepada size, bukan pada design. Susun atur dalaman seperti rak, laci dsbnya terpulang kepada kehendak kita. Ini yang standardlah dari segi size, material dan design. Kalau design yang complicated atau material yang higher quality the price might be higher. 


Wardrobe kami size 8-ft, pintu sliding bercermin (3 keping) harganya RM3860. 00. "Boleh dak 60 ringgit tu kita buang? Ummi mencuba nasib.. Zap, terus Ita potong RM60 tu. Tinggallah 3800. Alhamdulillah.

Kalau pintu swing kena tambah RM100 tak silap. Sewaktu perbincangan, Ita cadangkan diletakkan frame di setiap cermin untuk lebih kukuh.  Kami ikut je walaupun dalam hati Ummi prefer takde frame sebab lagi cantik. Reflex pada cermin lebih smooth tanpa ada garis-garis frame yang mengganggu. Tapi point yang Ita bagi valid juga jadi kami akur.

Bayar deposit RM100 dulu. Kemudian Ita datang ukur dan finalised design kami top up bayaran. Ita ni hands on orangnya. Bukan hanya tunggu clients di office tapi dia sendiri turun padang. Jadi, kita memang deal direct dengan dia. Nak bincang, nak buat keputusan senang because she's the boss.

Pilih corak untuk bahagian atas/luar wardrobe. Material jenis melamine. 



Tempoh masa tempahan 2 minggu. Depa ada kilang sendiri di Ampang rasanya.






Waktu sesi pemasangan pun Ita datang pantau. Ummi tak perasan cermin tu takde frame hinggalah Ita maklumkan. Sebab Ummi suka sangat dengan cermin ni, exactly seperti yang Ummi nak. Kata Ita, since sekarang ramai yang pilih design tanpa frame di tengah-tengah, pekerja lupa nak letak frame untuk cermin. Dia minta maaf bagi pihak syarikat dan bagi diskaun lagi RM100. Alhamdulillah, dapat top up beli wing chair untuk Walid

Ita ni jenis tak berkira sangat bab harga. Dia pun ada buat kerja amal di surau berdekatan rumah Ummi ni. Seronok bila dapat berurusan dengan orang yang tak mementingkan keuntungan semata-mata. Ummi doakan agar bertambah rezeki dan berkat hendaknya buat beliau sekeluarga.

ุงู„ุญู…ุฏู„ู„ู‡ ุนู„ู‰ ฺฉู„ ุญุงู„ 



6 comments:

  1. Seronok kerja dengan orang jujur dan pentingkan ketelitian.
    Alhamdulillah semoga murah rezeki untuk orang begini.

    ReplyDelete
  2. Kalau saya nie tak yah berebut cermin dah klau macam ini.....puashati dari hujung rambut ke hujung kaki boleh tengok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye Nasa. Macam-macam angle boleh tengok ๐Ÿ˜Š

      Delete