Thursday, 20 August 2020

Maal Hijrah 1442H


Selamat menyambut tahun baru hijrah buat semua. 1 Muharam 1442H bersamaan 20 Ogos 2020 (20-08-2020). Cantik tarikh ni.

Credit source. 

Tahun baru ni ada yang buat azam baru ke? Kalau tak silap Ummi, Datin Dr Halina isteri kesayangan Dato Dr Sheikh Muszaphar rajin berazam (dan melaksanakan) azamnya berasaskan tahun hijrah.

Ummi pun kalau ada, azam tahun baru hijrah lebih kepada menambah dan memperbaiki amalan sebagai bekalan ke sana. Antaranya nak tambah amalan-amalan sunat seperti melazimi puasa Isnin & Khamis, merebut ganjaran solat sunat qabliah Subuh dsbnya.

Setiap kali masuk tahun baru hijrah Ummi juga akan 'buka sampul' simpan duit. Setiap hari Ummi simpan seringgit. Tapi biasanya masukkan terus RM 30 untuk sebulan. Walaupun bulan Islam kebiasaannya 28-30 hari, Ummi standard-kan 30 ringgit untuk memudahkan pengiraan. Dah beberapa tahun Ummi buat cara ni. Duit terkumpul dalam setahun dapatlah RM360. Sebab duit ni dikumpul ikut kalendar hijrah jadi kegunaannya pun yang berkaitan keagamaan. Contohnya kalau nak buat ibadah qorban, gunalah duit ni. Ini cara Ummilah. Dengan segala hormatnya dipersilakan tiru haha...


Kalau rasa seringgit sehari tu sikit, boleh gandakan. Kalau nak simpan RM50 sebulan pun boleh. Lagi banyak hasilnya nanti. Sebenarnya amaun tu  tak kisah asalkan kita konsisten 😊

10 comments:

  1. Salam Tahun Baru Umi.
    Tahun ni azam still samalah juga, nak khatam al-quran.
    Insya Allah tahun ni berjaya khatam.
    Dan good idea juga buat cara umi simpan duit tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Niat yg baik, moga dipermudahkan buat Mrs Pip khatam Quran tahun ni 👍

      Delete
  2. Salam Maal Hijrah.
    Ada niat hendak sedekah setiap bulan.

    ReplyDelete
  3. Selamat tahun baharu Ummi. Kak Laili nak tirulah macam Ummi. Sampul pun banyak yang masih cantik-cantik :)

    ReplyDelete
  4. Salam maal hijrah. Wah bagus juga cara ummi ni kan, bolehla ditiru.

    ReplyDelete