Wednesday, 3 December 2025

Nasi Ayam Hainan 786, Sri Gombak


Nama lama Restoran Nasi Ayam Hainan 786 ni ialah Restoran Syed Nabi. Kemudian depa tutup sekejap, renovated dan reopened as NAH 786. Tauke dan pekerja masih sama. Kami pernah dine in dekat sini tapi Ummi tak buat entry. Peram lama sangat sampai basi ceritanya 😆

Semalam ada urusan di luar. Kakak requested nak makan nasi ayam jadi Walid singgah beli di sini. 

Steamed whole leg chicken w nasi ayam. Portion besar, kenyang alhamdulillah. Sedap pun sedap..
Adik Kakak pilih  roasted chicken. Tak ambil gambar pulak, semua kelaparan :) 

Total RM54.00 utk 2 jenis ayam (2 packs each). 

NAH 786 ni kedainya sebelah Family Mart SG. Nak makan dekat kedai pun selesa, sebelah dalam ada aircond.  Selain nasi ayam, ada pelbagai menu lain lagi.  


13 comments:

  1. alhamdulillah...selesa kalau kedai ada aircond nie

    ReplyDelete
  2. Tempat makan ada air cond memang selesa. Ohh kira rebrand nama lah ni. Kalau dah biasa makan situ, dah kenal dah semua kan. Jarang makan nasi ayam jenis ayam steam. Suka pilih roasted lagi.

    ReplyDelete
  3. kat tempat saya ada juga kedai nasi ayam hainan tapi tak pernah cuba setakat ni.. nampak macam lebih kurang nasi ayam biasa...

    ReplyDelete
  4. sedapnya...suka yang steam chicken tu...terus craving nasi ayam plak ha..

    ReplyDelete
  5. Lama betul tak makan nasi ayam apalagi yang Hainan ni. Sedapnya.

    ReplyDelete
  6. Nasi ayam jenis kukus memang kegemaran saya PH. Sedapnya.

    ReplyDelete
  7. Sedapnya nasi ayam steam ada garlic oil ye atas ayam tu.

    ReplyDelete
  8. Menarik…ada menu lain. Kalau cuma nasi ayam jadi bosan juga nak ulang makan situ kan..

    ReplyDelete
  9. Peminat nasi ayam tentu suka dengan kedai ni sebab nampak sedap dan portion pun banyak, berbaloi-baloi. Bila makan nasi ayam, LZ suka roasted chicken, hurrmmm terliur.

    ReplyDelete
  10. Comel la pulak kicap & sos dia... macam bantal

    ReplyDelete
  11. Sedapnya nasi ayam hainan... dr semalam cr ns ayam tp habis la, tutup la.. mmg x jemu jugak mkn nasi ayam ni rupanya... hahaha

    ReplyDelete
  12. Nasi ayam ni memang suka la kan....kalau masak pun nasi ayam ni selalunya habis je. Semua suka....

    ReplyDelete
  13. tengok ayamnya je dah nampak sedap...

    ReplyDelete