Week 47 ✅
Week 48: 26/11-2/12/2025
RABU Program untuk Adik dan murid² selain Darjah 6. Adik nak masuk khat, tapi dah penuh peserta. Untuk sukan nak masuk acara 4x200m tapi sakit perut pulak, so tak joined la mana² acara.
KHAMIS Pertama kali kot sepanjang Ummi drive, jumpa trafic light nyala tiga² warna serentak. Cik Ayu wayar dia ada yang short tu, sebab terendam dalam air bertakung. Itu yang tiga² menyala serentak. Hari ni juga result PSRA keluar.
SABTU Berderetlah kain baju nak dikeringkan memandangkan hujan Khamis Jumaat. Anak asrama pulak balik bermalam, memang kenalah bawa pergi dryer.
AHAD Daftarkan Angah untuk kelas hafazan cuti sekolah nanti. Dia tak nak join Mukhayyam di sekolah, nak join secara online je. Ikutlah janji cuti sekolah nanti ada pengisian.
ISNIN Sepanjang SPM ni ramai group buat bacaan Yasin online sewaktu anak² exam. Ummi pun joined juga mana yang sempat. Yang ni anjuran JPNWPKL rasanya.
SELASA Ada urusan di luar. Cantik cuaca hari ni. Nampak jelas di kejauhan bangunan² pencakar langit di tengah bandaraya.
Bila cuaca baik banyak aktiviti boleh dibuat..
ReplyDeletehari ni pun cuaca cantik..on off mendung so selesa nyaman jugak kami kuar ronda2 dari pg sampai ptg jugakkkk
ReplyDelete