Jom simpan kenangan hari sukan Abang dan Angah di sini....
ABANG
Abang masuk acara tarik tali, wakil rumah biru. Tahun ni dapat pergi final 💪🏻
Biru vs Kuning
Kuning ni juara bertahan.
Acara tarik tali ni acara kemuncak. Habis dah acara lain baru acara tarik tali. Waktu puncak, pukul 1.15. Syukurlah cuaca redup hari tu. Tapi tetaplah rasa berlengas juga tengah² hari buta tu kan...
Acara puteri dulu, jadinya memang lamalah kami bersidai di astaka ni. Takpe, tahun ni last dah Abang di sekolah menengah ni. Jadi marilah kita cipta kenangan :)
Rasmi kipas baru :p
Lepas game dia baring. Ummi perati je dari astaka. Risau juga takut dia collapse. Syukurlah dia baring sekadar nak lepaskan kekecewaan.
Terima kasih kawan² Abang yang ada dengan dia, saat bangun dan jatuh. Yang baju hijau tu buddy dia, Adly. Wpun hijau kalah dgn biru semalam (Adly anchor hijau), tapi untuk final tetap dia sokong biru aka team Abang.
Seronok tengok semangat setiakawan depa. Sedih pun ada, berapa bulan je lagi nak bersama. Tup² dah nak habis F5 🥹
Tahniah 💙
ANGAH
Setakat ni Angah belum menyerlah lagi dalam mana² acara sukan di sekolah menengah ni. Tapi tetap ada sumbangan; peserta perbarisan. Perbarisan rumah sukan pun ada markah jadi Angah dikira turut menyumbang mata.
Tahun ni tema F&B. Tahun lepas Pasaraya.
Hari tu sempatlah Ummi melawat booth rumah sukan. Seronok tengok kreativiti masing². Angah kata malam sebelum hari sukan tu dia tidur pukul 12.40 tgh malam.
Seronok tengok kreativiti masing² menghias. Kadang tu beyond our imagination. Ummi lupa booth mana yang menang, Khalxue kot sebab depa ada mascot kedai aiskrim tu. Dan kedai aiskrim tu pun taja minuman free untuk rumah sukan depa.
Kalah atau menang tu adat pertandingan. Yang penting semua dah buat yang terbaik.

Alhamdullilah tahniah buat anak-anak menyertai sukan sekolah, yang penting semangat kesukanan. Go Abang! Kalah tak mengapa. Tahniah buat Angah juga diatas kejayaan menang perbarisan.
ReplyDeletekipas tu mmg penting di mana2 dgn keadaan cuaca panas skarang.....tahniah dpt bw pulang medal
ReplyDeleteKreatifnya anak- anak ni...zaman kita dulu xde pun macam ni kan PH...hahahaha...tahniah buat Abang walau hanya Naib Johan..dah cukup kuat tu abang
ReplyDeletedengan cuaca sekarang ni memamg da jadi macam kewajipan pulak kena bawak kipas tu huhuhu...mudah dan senang di bawa
ReplyDeletemeriah hari sukan sekarang ni.mcm2 tema ada
ReplyDeleteAcara sukan yang Etuza kira meriah ni..ikut warna biru, hijau, merah..tahniah aktiviti sihat emosi, fizikal dan mental
ReplyDeleteKreatif betul rumah sukan masing-masing, Khalxue la, Zusina la. 😁👍 Nampak banyak usaha untuk buat tu. Tahniah kepada anak-anak yang ambil bahagian, walaupun tak menang, dapat pengalaman manis bila dah habis sekolah.
ReplyDeleteTu kipas yang ada wap air tu ke?
ReplyDeleteMacam2 tema hari sukan sekolah sekarang ni kan. Meriah.
ReplyDeletememang kreatif kan guru-guru dan anak murid sekarang dalam menghias rumah-rumah sukan masing-masing , meriah sukan abang ngah :)
ReplyDeleteAngah samalah macam Khilfi tak menyerlah dalam sukan. Kalau Kyra dengan netball, softball, apa jenis ball lagi ntah.
ReplyDeleteWah, tema f&b, baru mlm td tgk di fb anak FL rumah sukan, tema bank, ada maybank, tabung haji, bank rakyat dan cimb, best jugak.. hahaha
ReplyDeleteBaguslah ada tajaan juga.
ReplyDeleteMenarik mereka hias dan namakan rumah sukan beserta nama jenama.
Tahun terakhir sekolah, kita cipta kenangan untuk dikenang masa hadapan nanti. Bagus dorang ni berkawan. Semangat setia kawan sungguh. Okaylah tu dapat juga angah menyumbangkan points. Kreatif betul dorang hias rumah masing-masing. Berbakat masing-masing, all out untuk kemenangan.
ReplyDeletekenangan manis zmn persekolahan anak2
ReplyDeleteSukan sekolah ni selalunya Dania memang tak masuk apa2 acara. Tukang tengok je selalunya. Kalau sekolah rendah je Dania masuk acara.
ReplyDeleteRumah sukan Zusina bertema Zus Coffee ☕
ReplyDeleteSukaaa nama2 booth yg mereka buat 😄👍. Yalaah, anak2 ini sedari dini harus paham, kalo pertandingan ada yg menang, ada yg kalah. Yg penting tetap supportive dan bermain fair.👍
ReplyDeleteTarik tambang ini saya tak pandai. 🤣. Kalo main ini dulu, saya selalu pakai gloves. Tangan sakit tergores tali2nya 😅