Tuesday, 8 July 2025

Nasi Kerabu in da House, again...

Pokok telang depan rumah kerap berbunga. Sayang nak biarkan bunganya layu, hampir setiap hari Ummi kutip. Simpan dalam ziplock bag

Setiap kali petik tu dapatlah 15-20 kuntum. Simpan dalam ziplock bag ni bunga tak layu sangat, compared to simpan dlm bekas tipuware. Hari tu pernah baca artikel, bunga telang ni jika dikeringkan ada harga ye. Sebab boleh dibuat teh dan digunakan dalam pembuatan minuman kesihatan. 

Alang² buah hati #1 dan 2 balik bermalam, timbullah idea nak masak nasi kerabu. Ummi ni kalau semua anak⁴ ada di rumah, terlebih sikitlah rajinnya. Sebab momen makan bersama tu yang mahal sekarang ni 😌 Abang boleh balik sekali je dlm sebulan. Angah pun 2 minggu sekali baru balik. Nak berkumpul 6 beranak hanya sekali sebulan, itu yang kata 'mahal' tu. 

Menu sarapan kami Sabtu lepas, homemade nasi kerabu. 

Solok Lada takde, letak je la sweet pepper sebagai penambah rasa. Sweet pepper ni rangup, rasa macam capsicum cuma hujung² tu adalah rasa manis² manja gitu... Bukanlah manis macam manis buah²an tu. 

Kuah Budu Tumis dan Sambal Kelapa tu Ummi masak sehari awal. Ayam bakar dalam air fryer je. Selebihnya cuma masak nasi, goreng ikan rebus dan potong ulam². Jadi cepatlah proses penyediaannya. 

Allah bagi sedap, alhamdulillah. 

Ini kali kedua masak sendiri nasi kerabu jadi kerjanya lebih lancar sebab dah ada pengalaman sebelum ni. Yang berat tu, selalunya nak mula atau buat sesuatu utk kali pertama. 

Kali pertama masak nasi kerabu ni tahun 2023, lama bethol 😁

23 comments:

  1. Sedapnya nasi kerabu..SA x pandai buat...lagipun SA orang je makan..baik beli je

    ReplyDelete
  2. Wahhhhh tumpang rasa seronok makan nasi kerabu homemade ni PH, sedapnya.

    ReplyDelete
  3. teringin nak masak nasi kerabu sendiri, tp yang nak makannya dua mulut je.. rasa renyah pulak.. hehehehe.. ^^

    ReplyDelete
  4. waaa terliurnya!! saya suka sgt nasi kerabu esp guna natural colour bunga telang

    ReplyDelete
  5. Ya Allah, bukan sahaja momen bersama tu mahal, kerajinan PH pun tidak ternilai. Mula baca tajuk ingatkan tapau atau makan kat kedai.

    ReplyDelete
  6. Betul PH, memulakan memang agak sukar. Tapi kalau tak bermula memang tak jadi kan. Di rumah saya pun banyak bunga telang. Encik Suami suka kutip, keringkan dan simpan. Selalu nampak nyonya bakery jual bunga telang kering.

    ReplyDelete
  7. Sama lah macam mak dgn abah Taufik....kalau balik je kampung...macam macam di masak nya.... Padahal kalau balik kampung...org dalam rumah cuma 5 orang sahaja...tapi kalau masak ayam 2 ekor terus hahaha

    ReplyDelete
  8. Sedapnya nasi kerabu buat sendiri. Cie tak pernah buat nasi kerabu. Nampak renyah je. Makan kedai je senang. Hihi

    ReplyDelete
  9. Untung ada bung telang tu... ramai yg jual komersil sekarang guna pewarna je....

    ReplyDelete
  10. Nasi kerabu ni adalah menu paling renyah nak buat pada pendapat saya, kalau buat senditi tu, kira rajin tahap max dah.

    Nampak sedappp

    ReplyDelete
  11. Fuh, rajinnya PH 👏🏽
    Bunga telang tu kalau tak termakan, boleh juga jadikan hiasan di pinggan hidangan lauk.

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah... Seronok bila makan ramai2 macam nie

    ReplyDelete
  13. Waduh..lazatnya kelihatan, bunga telang ada saya menanamnya..kena tanam banyak ni..nak ikut resipinya ya

    ReplyDelete
  14. Tengok pun dah sedap, sy x reti buat nasi kerabu, nasib baik semalam dh mkn nasi kerabu

    ReplyDelete
  15. bila ramai2 ada kt umh tu..sure mak2 nk masak special kan..sedap tu nasi kerabu bunga telang

    ReplyDelete
  16. Banyak hasilnya dapat bunga telang tu. Ada baca juga tentang khasiat bunga telang ni. Wahh rajinnya ummi masak nasi kerabu. Masa anak-anak balik ni lah ummi dapat masak special untuk semua. Betul, moment macam ni sangat mahal.

    ReplyDelete
  17. Masya-Allah, rajin sungguh PH. Banyak benda kena sediakan tu, untuk nasi kerabu. Ha ah, baru baca, berkhasiat minum teh bunga telang.

    ReplyDelete
  18. Next Kyra dpt balik kalau ikut jadual bulan 9 nanti ms cuti. Jadi kamilah yg akan ke tempat dia sekali sekala. Payahkan nak kumpul cukup quorum bila anak dah diasrama. Lepas ni ada rezeki masuk U pulak huhu

    ReplyDelete
  19. Confirm lah, di KL nanti saya nak cariiii nasi kerabu 😍😍😍😍. Dah lama sangat tak makan ini kak 😄. Sukaaa saya. Kenal pertama kali nasi kerabu di Penang . Dari situ langsung suka.

    ReplyDelete
  20. Kat rumah CCL ada juga tanam pokok bunga telang ni .. menjalar tepi pagar .. kadang petik juga 3 4 kuntum bunga telang rendam dalam air panas buat minuman ..

    ReplyDelete