Sabtu lepas kami ke Brick & Glass yang terletak di Kg Kubu Gajah, Sg Buloh.
Dapat undangan dari bekas rakan sekerja Walid, Aunty Faz ke kenduri aqiqah dan kesyukuran utk Baby Afeeya. The only bunga (so far) di kalangan adik beradiknya. Masa Aunty Faz ni kahwin dulu kami turut bersama meraikan hari bahagianya. Sekarang dah 3 orang cahaya mata alhamdulillah.
Bahagian dalam berhawa dingin.
Lauk ayam goreng, kari daging, nenas masak lemak, ikan masin dan sambal belacan. Ulam² pun pelbagai jenis. Teh Tarik ½ gelas cukuplah kan .. ikutkan Public Health Malaysia kata dah umur 40-an seeloknya elakkan minum Teh Tarik 🫣
Rajin dia susun daging setempat, tokua setempat, bawang goreng setempat... 2 jenis sambal; sambal merah (Utara style) dan sambal kicap.
Cendol tak sempat bergambar, Walid dah ngap dulu 😁
Tapi cendol tu sedap. Ada kacang merah, jagung lengkap semuanya bukan sekadar cendol semata.
Alhamdulillah majlis yang sangat indah. Terserempak juga dengan beberapa orang geng ofis lama Walid; Kak Pah, Aizul & Hana bersama keluarga masing². Semua pun dah bertukar angin, dah tinggalkan ofis lama ni.
Semua tetamu dijemput dengan buggy sebab tempat parkir dan tempat majlis di lokasi berasingan. Masa nak balik pun sama, dihantar semula ke tempat parkir dgn buggy. Kalau jalan kaki tak jauh mana pun tapi organizer bagi extra special treatment 👍🏻
Bolehlah intai² socmed depa kalau nak buat event di sini. Service memang superb nampaknya. Makanan pun semuanya enak belaka.
cantik tmptnya siap ada pool...tmpt utk baby pn cantik dgn bunga2 pepel
ReplyDeleteCantik sangat...rasanya ni setting utk majlis nikah/kawin juga kot
DeleteDah tak ramai yang buat goodies bunga telur sekarang.... Limited edition
ReplyDeleteYes, bila dapat bunga telur auto rasa suka sangatttt sbb rare skrg ni kan
Deletegrand betul aqiqahnya! afeeya tu sama nama mcm my lil niece (anak kpd my adik lelaki)
ReplyDeleteOh ye? Sedap nama afeeya ni I like :)
Deletealhamdulillah...rezeki tu ...
ReplyDeletebila nak siap bunga telur kita nie.. hihihi
Eh belum siap ke? Ahaha...
DeleteCantik venue, hidangan menarik dan sedap-sedap, tetamu dilayan dengan baik. Naik buggy lagi tu. Dapat pula bunga telur yang cantik. Alhamdulillah...
ReplyDeleteRasa macam VIP la kita pun hihi...
DeleteCantik dan sweet dekorasi majlis, bunga putih dan purple yang lembut warna.
ReplyDeleteYe Nur, sweet sangat
DeleteKawan sekolah pernah buat kenduri kawin anaknya di sini, tapi kami tak dapat pergi. Cantik tempat nya.
ReplyDeleteCantik la pulak lokasinya ni PH.
ReplyDeleteWowww.... cantik².
ReplyDeleteSekarang banyak event place style gitu ya.
cantik tempatnyaaaa....
ReplyDeletemmg cantik dan selesa tempat ni... mknn pun sedap² je
ReplyDeleteCantik betul pelamin tu kan...sesuai la untuk baby girl...besar dan meriah majlisnya...makanan pun nampak sedap
ReplyDeleteIndahnya coretan akak…😍 Terima kasih kak & abg hazel datang memeriahkan majlis aqiqah baby girl saya…maaf untuk segala kekurangan dan kelemahan semasa majlis berlangsung…
ReplyDeletepelamin punnnn cantikkkk sgttttt
ReplyDeleteMemang cocok utk acara yg tidak banyak mengundang tamu ya kak. Nampak bagus, service pun oke 👍👍. Saya juga suka cara plating aneka makanan dan kue2 😍😍
ReplyDeleteWahhh majlis aqiqah macam majlis kahwin ..siap ada pelamin tu ..lawaaa ..
ReplyDelete