Cerita Kakak lagi ๐
Back to back program dia...
Mula dengan Teknik Menjawab PSRA Sabtu 12/7, MSSD BoJa 16/7 dan yang terkini Jumaat dan Sabtu lepas dia ke Sabak Bernam pula untuk Mukhayyam Kepimpinan Pengawas MITS & SRAI.
Kakak Penolong Ketua Pengawas, wajiblah hadir. Itu pun mujur BoJa tu tak ke peringkat seterusnya sebab Jumaat tu final MSSD BoJa. Kalau tak terpaksa juga pilih salah satu.
Solat Subuh di sekolah, pesan cikgu. Makanya kami yang menurut perintah pun keluar rumah sebelum Subuh. Ummi tak ikutlah. Walid nak terus pergi kerja kan... Jangan lupa ambil gambar B, Ummi pesan awal².
Nah ginilah hasilnya Walid ambil gambar depa ๐คญ
Ummi buat breakfast pack sorang satu plus utk cikgu 3 orang. Masa Angah pergi Mukhayyam PRS dulu pun bagi bekal juga dekat anak². Biasalah mak² takut anak lapar ๐คญ Jauh pulak tu, Sabak Bernam nun.
Kakak kumpulan merah. Itu yang pakai kain merah dekat kepala tu.
Macam² aktiviti yang dijalankan.
Acara penutup oleh Tuan Anas sendiri. Selalu nampak namanya dalam surat² dari JAIS ke SRAI.
Alhamdulillah pengalaman yang menarik dan berharga untuk Kakak.
Dapat pengalaman yang menyeronokkan.
ReplyDeleteBagus nya kakak join dan aktif mcm2 program dan aktiviti
ReplyDeleteSeronoknya naik bas ramai2 macam tu
ReplyDeleteBagus Kakak, bakal pemimpin cemerlang. Teruskan semua nya. Pengalaman yang sangat berharga.
ReplyDeleteAla kita rindu nak pi aktiviti sekolah camni. hahahaha dah remaja purba le katakan. hahahaha
ReplyDeleteMITS dan SRAI sekali ya.....memang la mereka semua di bawah Jais kan....
ReplyDeletePemimpin masa depan...tahniah kakak...moga terus cemerlang ๐๐
ReplyDeleteTahniah,menjadi kepercayaan sebagai pemimpin ya..teruskan usaha
ReplyDeleteSeronoknya kakak mengumpul pengalaman yang indah...nampak dia enjoy sangat tu
ReplyDeletebyk program kakak..bgs tu
ReplyDeleteBanyak aktiviti kakak. Seronok dapat join trip, naik bas beramai-ramai.
ReplyDeleteAlhamdulillah..seronok nya kakak..aktif
ReplyDeleteseeronoknyaaaa diaaa.... teringat time sekolah dulu. sy pun pernah join program utk pengawas mcm ni.... ms tu buat kat pulau.... happy sungguh ms tu dpt naik bot peegi ke pulau...
ReplyDeleteMesti kakak seronok join program.
ReplyDeleteKakak aktif yaaa dalam acara2. Baguuus tuh. Sebab akan melatih cara pergaulan juga, dan dapat banyak pengalaman
ReplyDeleteTerima kasih semua atas DOA dan kata² semangat utk Kakak ๐น
ReplyDelete