Monday, 28 July 2025

Betik Muda Goreng Pedas

Sebelum keluar morning walk pagi semalam, Ummi nampak ada sebiji betik muda gugur di tepi pokok. 

Petangnya Ummi ke dapur Mak Cella, jumpalah resepi SAYUR BETIK MUDA GORENG PEDAS. Dapatlah idea nak masak betik ni. Tq MC 🫰🏻

Sagat dulu betiknya. 
Ingatkan betik muda ni kelat atau pahit, tapi tak. Rasanya tawar bercampur sikit² rasa manis.

Kemudian Ummi kisar cili hijau, bawang merah, bawang putih dan ikan bilis. Kemudian panaskan minyak dan tumis hingga pecah minyak. Masukkan betik muda dan gaul sebati. Tambah garam, gula dan serbuk perasa secukupnya. Gaul sebati. Tutup api. Siap! 

Sedap juga ye. Gaul dengan nasi panas² 😋 

Pertama kali ni masak betik muda sebagai sayur begini. Sebelum ni kalau ada betik muda rebus buat ulam atau campur dalam kari ayam. Ada lagi separuh, rasa macam nak buat somtam pulak. 

20 comments:

  1. comel je betiknya.. boleh try la resepi ni nanti kalau ada betik muda nanti.. ^^

    ReplyDelete
  2. masa kecik memang mak selalu masak macam nie..tapi, berkuah sedikit, macam masak sayur tumis pedas...sekarang tak rajen dah mak nak buat..hihii...linda kdg2 teringin, tapi tula. mana ada geng nak makan sayur nie..jadi berbelah bagi nanti...kalau dah belah betik muda tu, tak masak dah la yg separuhnya.

    ReplyDelete
  3. nampak sedap cuma tak pernah try mkn

    ReplyDelete
  4. Arwah mak sebut Betik Mengkal goreng..nak lagi sedap PH tumbukkan ikan bilis kasar2 tumis dengan bahan PH tumis tu...letak serai...goreng plak ikan masin...perghhhhh.....confirm rosak diet...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok next time 😍
      Ya mmg terfikir nak goreng ikan masin tapi insofffff haha ...

      Delete
  5. Menariknya betik muda goreng pedas. Selalu kalau dapat kat saya, saya jerukkan je. Lepas ni nak cubalah masak begini.

    ReplyDelete
  6. Terima kasih kongsi resepi.. kena cuba buah betik banyak belakang rumah

    ReplyDelete
  7. Memang makanan kesukaan Etuza, buah pelawas merangkap sayur juga kan betik ..pelbagai guna

    ReplyDelete
  8. Tak pernah tahu boleh buat macam ni dengan betik muda. Nanti kalau jumpa kat pasar raya, nak buat lah. 👍

    ReplyDelete
  9. nampak sedap PH, kalau ada nanti boleh kak ana try tapi nak kena cari yang dah mengkal lah kan, dah kuning2 gituew

    ReplyDelete
  10. wahhh boleh try ni..tak pernah lagi cuba makan betik muda..

    ReplyDelete
  11. biasa mkn betik muda yg di buat somtam..goreng pedas tk pernh try lg

    ReplyDelete
  12. Lah... tak tau betik boleh jadi sayur?

    ReplyDelete
  13. sy jarang makan betik muda... selalu mkn yg dah masak je. yg buat kerabu pun sy tak mkn. x tahu laa kenapa hehehhee

    ReplyDelete
  14. Mak akak kerap tumis betik muda.. sedap sebab ada rasa manis-manis. Masak plak pedas.. memang umpphhh

    ReplyDelete
  15. Allahhhhh hampir lupa ammi pernah makan menu ni masa kecik. Biasalah kita org kurang duit ni apa yg ada dan boleh dimakan maka jadilah lauk. Ammi pun nak buatlah pastu share ngan adik beradik…mesti dorant pun rindu

    ReplyDelete
  16. Lauk sedap ni. Favourite kalau mak masak. Ratah begitu je pun sedap dah.

    ReplyDelete
  17. Ya Allah kaaaak, saya langsung ingat menu ini sering dibuat oleh babysitter saya dulu . Di Tunis, masak pedas ada campuran ikan teri. Sedaaap sangaaaat 🤤🤤🤤. Teringin nak buat jadinyaaa 😄

    ReplyDelete