Sunday, 20 July 2025

Abang ~ BYOD

BYOD= Bring Your Own Device

Maknanya sahihlah pelajar F5 kena bawa laptop/tablet ke sekolah. Itulah yang diberitahu oleh Penyelaras F5, Ustazah SN masa Taklimat BYOD Sabtu 12/7 hari tu. 

>80% parents setuju dengan program BYOD ni. Kami termasuk dalam golongan minority 🤭 Tapi apa pun kita ikut pilihan majority. Tuan Pengetua Cemerlang pun sebelum ni pernah handle anak² F5 sekolah lama dia yang gunakan gajet masa SPM tahun 2020/21 (time COVID). Jadi kita bagilah kepercayaan kpd pihak pentadbir sekolah. Salah satu sebab nak BYOD ni untuk jimatkan kos printing, in which sangat mahal katanya. Selain tu untuk bagi suasana pembelajaran yang lebih segar dan seiring dengan perkembangan teknologi. 

Ahad tu mulalah kami survey. Ummi contact kawan² IT Ummi. Dulu masa kerja Ummi minta tolong diorang je belikan laptop untuk Ummi sebab malas nak pergi sendiri plus kita tak pandai sangat. Takut kena tipu pun iye 😌 Jadi kita minta tolong pakar :) 

Uncle Bro cadangkan Wangsa Walk. 

Uncle Mi pun sama. 
Ummi share sini info in case ada yang duduk sekitar Gombak/Wangsa Maju/Melawati boleh la survey di WW ni. Tapi sekarang ni ramai yang pilih beli online je kan. 

Ini pula ciri² yang boleh dijadikan panduan esp kalau nak beli untuk pelajar sekolah. Boleh dapat dalam RM1700. 

Cumanya bila Walid pergi survey dekat Wangsa Walk tu, yang harga RM1700 ni too basic. Skrin pun 13 inch saja. Dan takde graphic card. Top up lagi RM300 boleh dapat yang lebih baik. 

Banyak kedai PC dalam tu jadi macam Uncle Bro bagitau, survey dan compare harga dulu. Dan cuba nego harga juga. Ada kedai yang jual pelbagai jenama, ada yang official store macam HP. Nak puashati beli dekat official store la kan. Ada warranty dan free gift :D 

Beli laptop protector ni untuk Abang sbb cikgu pesan jangan letak laptop dalam beg besar², susah nak simpan dalam loker nanti. Ada bilik khas disediakan utk murid² simpan peranti masing². Buat masa ni Abang bawa laptop Ummi dulu. 

Laptop ni bukan sekadar alat untuk Abang, tapi ianya juga lambang Ummi sentiasa di sisi Abang tau 🤗 
Menemani dan memantau Abang ahak! 

Makanya hari Selasa 15.7 hari tu Gexxin (batch Abang) dah mula guna tab/laptop untuk PDPC.  Harapnya usaha ni bagi lonjakan semangat dan menambah keseronokan belajar seterusnya dapat lonjakkan prestasi ye anak² 🤗







34 comments:

  1. anak MA...dah sebulan dua dah bawah ipad dia ke sekolah..memang ada surat kebenaran semua la.. oo, rupanya sekolah lain pun buat juga yer... zaman dah makin canggih kann

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak jimat kos printing katanya. Ialah MA, soalan trial negeri kan tebal² jenuh juga nak fotostat kan. Itu antar sbb sekolah buat program BYOD.

      Delete
  2. Moga dipermudahkan urusan ank2 kita...kita dulu x dapat...moga dengan device diorg lebih peka dan semangat nk belajar...

    ReplyDelete
  3. Belajar ikut zaman. Semoga lebih mudah urusan abang belajar nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul SK. Zaman diorg ni zaman gajet/device. Kita ikut aja asalkan bermanfaat.

      Delete
  4. Semoga semua urusan anak2 berjalan lancar di sekolah nanti

    ReplyDelete
  5. Masya-Allah. Kalau saya pun, termasuk golongan minoriti.

    ReplyDelete
  6. laptop memang keperluan la utk anak2 zmn sekarang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul MZ. Cuma harap pandai la jaga barang berharga ni :)

      Delete
  7. Kena ikut peredaran zaman juga apa lagi sejak zaman Covid melanda semua perlu laptop untuk belajar di rumah. Apa pun semuga berjaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya. Diorg mmg dah biasa dgn online classes dan serba serbi guna laptop utk hantar homework juga

      Delete
  8. semoga dipermudahkan urusan anak-anak belajar ye..

    ReplyDelete
  9. Laptop ummi ada kamera ya...jaga jaga abang. Hehe....semoga pembelajaran dipermudah dengan peranti yang baru tu. Kalau bawa ke sekolah tu, sekolah kena pantau juga takut ada kes kecurian kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada 2 perkara yg kami risau;
      1. Hilang/rosak
      2. Salah guna

      Itu yg pilih tak setuju 🫣

      Delete
  10. Semoga mereka dapat guna sebaiknya untuk belajar. Sekarang banyak sekolah yang dah ke arah IT ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebanyakan sekolah mmg dah ada lab computer kan ... Yg ada wifi pun banyak

      Delete
  11. Seronok betul budak2 sekolah sekarang belajar pakai laptop.. macam kat U dah. Semoga digunakan dengan baik

    Saya kalau barang2 it selalu cari kat lowyat atau all it je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lowyat mmg port barang IT kan... Dulu member ofis ni rajin ke sana tapi dia kata nak dekat pergi WW je. Lebih kurang mcm lowyat juga.

      Delete
  12. Bagus cikgu latih dari awal, mcm style dekat uni. Mcm dekat TGB wajib ada ipad/tab.

    ReplyDelete
    Replies
    1. MRSM lagi la advance kan... Mmg diorg pakat tab/ipad je kan 👍🏻

      Delete
  13. Kalau Linda pun golongan minoriti juga...hihi...mak nya pun tak pandai gajet sangat...apa yang ada je lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akk lebih kpd risau hilang atau hilang fokus belajar tu la Linda. Tapi alhamdulillah so far so good.

      Delete
  14. Jangan disalahkan guna ye anak2 Gexxin...ibu ayah dah percaya kat korang tu.

    ReplyDelete
  15. Moga dipermudah kan semua urusan anak2 semua.

    ReplyDelete
  16. Semoga dipermudahkan sesi pembelajaran semua anak- anak ye..sekarang semua dah maju kan..semua ikut student U, kena pakai Laptop..cuma abang kena extra carefull jangan sampai hilang ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul dah style U dah... Hopefully semua baik² je SA

      Delete
  17. Moga abang lebih semangat dengan suasana PDPC yang baru.

    ReplyDelete