Monday, 26 August 2019

Wedding ~ Tahniah Hj Yusuf


Segan juga asal entry pertama di awal minggu cerita kenduri je :) 

Alhamdulillah berkat berkawan/bergaul dan bersilaturrahim tanpa mengenal pangkat dan usia, sentiasa ada undangan kenduri yang kami terima. 


Undangan kali ini datangnya dari seseorang bernama Hj Yusof. Secara automatik, fikiran Ummi terus fikirkan Hj Yusof Muamalat, bos Walid di Syarikat Duit dulu. Rupanya silap! Hj Yusof mantan Imam di Syarikat Posto yang mengundang kami. Almaklumlah semuanya haji-haji belaka, sampai Ummi pun keliru. 



Majlis diadakan di Dewan Komuniti Batu Muda. Cantik dewannya, kelihatannya masih baru. Terletak di kawasan yang agak tinggi, terasa nyaman bila angin bertiup. Landskapnya juga cantik terpelihara. Ada sebuah pangkin di bawah pokok nangka untuk bersantai dan berteduh dari teruk matahari. Dengan sapaan angin yang sepoi-sepoi bahasa, boleh terlelap barangkali :) 

Tengoklah hampir tertutup mata Kakak menahan hembusan amgin. Dress pun dah terbang ke tepi. 


Dah namanya kenduri, semestinya pelbagai hidangan yang disajikan. Ada kambing golek, nasi beriani, kuih muih, kek dan sebagainya. Anak-anak pula tertarik dengan 'cotton candy' yang disediakan. Sanggup berbaris panjang untuk mendapatkannya. Bukan setakat di dalam dewan, sajian makanan 'melimpah' hingga ke luar dewan. Sempat juga Walid capai semangkuk laksa sebelum bergerak pulang. Sedap! 


Selamat pengantin baru buat pasangan mempelai. Moga berbahagia hingga ke syurga aamiin. Terima kasih daun keladi Tn Hj Yusuf dan keluarga. Ada rezeki jumpa lagi.

No comments:

Post a Comment