Saturday, 17 August 2019

Mewahnya Kenduri Aqiqah Sumayya


Mewahnya Kenduri Aqiqah Sumayya


Bila Toktam layangkan jemputan kenduri aqiqah cucu keduanya, terus kami 'block date'. Kenduri di rumah Toktam is something not to be missed. Apart from their excellent hospitality, selalunya makanan yang disediakan pun lima bintang! Sedap dan pelbagai. 


Majlis dimulakan dengan tahlil dan bacaan doa serta tazkirah ringkas dari Imam Masjid Sg Penchala. Antara inti pati tazkirah yang disampaikan oleh Tuan Imam tentang kepentingan bersabar dalam mendidik anak-anak. Kehadiran anak-anak bukan sekadar nikmat, tapi lebih utama mereka adalah amanah Allah kepada kita. Sebagai ibu bapa peranan kita adalah mencorakkan sebaik mungkin 'kain putih' tersebut. 


Bakul bayi hasil kreativiti ibu saudara Sumayya, Ms Siti pengusaha BySitiKL yang mengusahakan perniagaan gubahan bunga, pelamin, hantaran dan sebagainya. 

Hasil kreativiti BySitiKL; 
 
Hidden hantaran BySitiKL

Sekarang pun khabarnya beliau tengah buat promosi untuk 'hidden hantaran'. Kagum betul Ummi dengan anak-anak muda zaman sekarang, kreatif dan suka bermiaga. Masing-masing berminat dan berbakat jadi usahawan. 


Usai tazkirah, kami mula bergerak ke kebun Toktam untuk menikmati hidangan kenduri. Ini yang Ummi katakan majlis aqiqah Sumayya ni mewah. Mewah dengan makanan! 

Dua ekor kambing golek...



Lauk pauk utama yang sedap sangat, sampai teringat-ingat haha... Pulut kuning dan rendang ayam pun ada. 




Pecal dari Toktam. Ummi tak rasa sebab dah terlampau kenyang :(

Aneka kek... 



Kuih muih. Lompang dan kuih seri ayu ni Ummi tempah dari Mama Qaisara. Kali pertama Ummi makan kuih air tangan Mama Qaisara ni semasa jamuan di rumah Adam. Terus Ummi jatuh hari dengan keenakkannya. Ummi tempah untuk dibawa ke majlis ni, biar sama-sama menikmati kesedapannya. 



Sementara menunggu Ummi habiskan makanan, Walid bawa kids ke kandang itik Toktam. Teruja sungguh depa tengok itik. Itik je pun hahaha... Asalnya Toktam bela itik hanya sebagai hobi. Bila Itik-itik tersebut mula membiak dan bertelur, Toktam mula menjual telur-tekur itik tersebut. Ada yang dibekalkan kepada restoran berdekatan dan ada juga yang dijual secara runcit. 


Buah tangan dari tuan rumah. Idea yang bagus menggunakan semula sampul duit raya. Di dalamnya diisi kacang tumbuk. Lepas ni Ummi pun boleh tiru idea ni sebab di rumah ni memang banyak sampul duit kertas yang sudah bertahun-tahun disimpan. Nak dibuang sayang sebab boleh digunakan semula. Boleh dimasukkan goodies untuk kawan-kawan Abang dan adik-adiknya. Ataupun buah tangan untuk tetamu-tetamu kecil yang datang ke rumah. Boleh dimasukkan biskut, kismis dsbnya jika tidak mahu dimasukkan jajan. 

Didoakan agar Sumayya sentiasa dalam lindungan Allah, membesar dengan sihat dan baik serta menjadi anak solehah. Aamiin. 

Bila tengok gambar ni, jeles pula dengan Paklong AP & geng. Depa datang akhir majlis, dapat makan deghoyan 😭😭😭


8 comments:

  1. comelnya bakul baby tu...kreatif betul gubahannya

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah semoga Sumayya jadi anak solehah...
    Trend sekarang mmg hidden hantaran kan.
    Surprise untuk pengantin pun boleh hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin terima kasih kak laili.

      Nampak menarik juga kan konsep hidden hantaran ni.

      Delete
  3. ya Allah memang sungguh meriah. confirm akan diingati sampai bila-bila ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insha Allah harapnya begitu

      Terima kasih singgah 🤗

      Delete
  4. wow tengok makanan2 tu pergh !!
    alhamdulillah meriah =)

    ReplyDelete