Tuesday, 13 August 2019

Raya Haji 2019




Ramai pula yang seolah-olah tidak percaya bila kami katakan kami raya di sini sahaja. Almaklumlah selalunya asal cuti raya atau cuti panjang kami balik kampung. Ini semua gara-gara  'demam UPKK'. Asalnya kami dimaklumkan bahawa Percubaan UPKK akan diadakan selepas cuti sekolah sekarang ni, pada 19 Ogos. Jadi kami fikir ada baiknya beraya di sini sahaja untuk memberi lebih masa kepada Abang mengulangkaji pelajarannya. Ini sebab utama kami beraya di sini. Keduanya, bila sudah merancang untuk tidak balik kampung, ada baiknya kami tunaikan ibadah korban. Kami sertai program korban anjuran surau di kejiranan kami sahaja. Adalah juga pengisian untuk kami walaupun tak balik beraya di kampung. 

Bila beraya di rumah sendiri, banyak persiapan yang perlu dilakukan terutamanya Ummi sebagai "chef". Menu utama yang Ummi pastikan ada di pagi raya ialah ketupat palas. Memandangkan Ummi dan Tok masing-masing tak 'membalut ketupat" raya puasa lalu, memang gatal tangan masing-masing nak buat ketupat. Ada ketupat palas barulah raya namanya :D

Jumaat
Tahun ni ada rezeki Ummi `bertemu' daun palas di Pasar Sri Gombak. Balik ke rumah terus Tok mulakan proses pertama untuk membuat ketupat palas; proses 'buka daun' atau penyediaan kelonsong dummy. Tujuannya supaya daun palas sudah terbuka dan sedia untuk dimasukkan beras pulut bila tiba masa untuk menganyamnya.

Sabtu
Hari ni kami anak beranak mengambil peluang untuk berpuasa sunat hari Arafah. Abang dan Angah berjaya habiskan puasa manakala Kakak pula hanya separuh hari. Dia tergoda bila melihat ketupat palas yang Ummi dan Tok anyam haha... 


Menjelang petang, segala juadah raya sudah tersedia. Sengaja Ummi sediakan awal untuk disedekahkan kepada jiran-jiran, nak raih pahala memberi makan orang berpuasa, bi iznillah. 


Bihun ni Ummi sedekahkan di surau. Ada majlis berbuka puasa untuk mereka yang berpuasa. Khabarnya dua ekor kambing ditumbangkan. 

Cempedak ni pula dari Mak Bee. Ummi goreng juga untuk raikan pemberiannya walaupun ikutkan juadah berbuka kami dah penuh satu meja 🤭 

Banyak ulas dan besar isinya. Puas makan alhamdulillah 


Menjelang Isyak, K. Leha pula datang 'membalas bekas'. Dibawanya rendang ayam, kuah kacang dan buah betik. Alhamdulillah moga bertambah rezeki masing-masing. 

Kuih raya ni tauke kedai runcit bagi. Satu-satunya kuih raya untuk Aidil Adha :) 


Ahad ~ Aidil Adha

Pagi raya kami hanya bersarapan dengan juadah malam tadi yang masih berbaki. Selain nak bersegera ke surau untuk solat raya, Ummi sebenarnya nak masak daging korban nanti. Solat sunat didirikan seawal jam 8.30 pagi untuk memberi masa kepada acara korban yang dijangka selesai sebelum waktu Zohor. Ramai jemaah sehingga melimpah ke perkarangan parkir surau alhamdulillah. Usai solat kami balik sebentar ke rumah; menukar pakaian dan kembali semula ke surau untuk melihat acara penyembelihan korban. 

Lembu Adik lembu pertama . Mudah sangat ianya ditumbangkan alhamdulillah. Sebanyak 10 ekor lembu dan 12 ekor kambing dikorbankan. Acara korban ni berjaya diselesaikan menjelang jam 2. 


Makan-makan dulu sebelum acara korban. 


Selepas tiga kali cubaan baru Abang dapat T-shirt petugas ni. Kali pertama masa daftar nama, urusetia kata takde baju untuk Abang. Kali kedua, bila orang dah reda Abang pergi tanya lagi, jawapannya sama juga. Kecewa sungguh nampak wajahnya. 
Kali ketiga, Walid bawa Abang jumpa urusetia tersebut. Barulah 'muka ada senyum' 😁


Ini bahagian korban yang diberi untuk peserta. Diisi dalam baldi. Elok juga, boleh buat simpan air bila ketiadaan air 😂😂😂 
Selain bahagian peserta, Walid dan Abang masing-masing bawa balik juga daging untuk petugas. Abang ditugaskan oleh Atuk. Bomba untuk bersihkan darah dan najis haiwan korban dengan pancutkan air dari pili bomba. Atuk Bomba janji nak bagi sijil penghargaan lagilah bersemangat Abang dan kawan-kawannya. Petangnya mama Aisyah sedekah juga daging korban. Alhamdulillah mewah dengan daging korban kami tahun ni. Apa Ummi buat dengan daging korban yang banyak tu? 

Tunggu... 

11 comments:

  1. Salam aidiladha 1440H
    Selamat menjalani ibadah qurban

    ReplyDelete
  2. Salam Eiduladha PH..
    Selamat menjalani ibadah qurban.
    CH Hari isnin pagi buat qurban. Alhamdulillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah seronok tengok sana sini buaf korban.

      Salam Aidil Adha kak.

      Delete
  3. aida pun, awal balik rumah.
    demam upsr :)
    aduhai. x aman beraya bila anak nak exam ekk hi hi hi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah sementara nak tunggu exam sebenar mak-mak yang demam. Anak tu relaks je

      Delete
  4. salam aidiladha kak..
    happy la abg dpt baju tu hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Aidil Adha zie...
      Ye, baru bersemangat nak menolong :D

      Delete
  5. Alhamdulillah..rezeki Aidil Adha..

    ReplyDelete
  6. sedap sungguh tengok bihun tu rasa nak buat la pulak heee

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah Aidil Adha yang penuh makna dan pengorbanan.
    Kat kampung Mrs. A tahun ni 5 ekor lembu korban, kambing takde hehehe...

    ReplyDelete