Wednesday, 22 September 2021

Angah ~ PPT 2021

PPT atau Peperiksaan Pertengahan Tahun secara maya bermula pada 6 Sept untuk Angah. Tangguh lama juga, sepatutnya bulan 7. Manakala Abang pula dah selesai PPT bulan 7 hari tu. Exam Abang sebelah malam sebab cikgu nak semua participate dan parents boleh monitor kehadiran anak-anak. 

Untuk anak-anak sekolah rendah ni tak tahu nak cakaplah how they sit for the exam :( Jawab exam macam jawab kuiz je 😬 Cikgu bagi masa sejam, tak sampai 1/2 jam pakat tekan butang submit dah! Budak-budak ni pulak bila nampak sorang dah left meeting, pakat nak left belaka. Tapi, Ummi suruh juga Angah stay at least 45 minutes ke, semak semula jawapan tapi itulah, ramai submit awal. Nak tunggu apalagi dia pun :D Ada sekali tu tinggal 3 orang je dalam Meet tu,; Angah, Adam dengan Cikgu. Adam tu masuk lambat sebab line internet problem. Angah pula sebab Ummi tak bagi submit awal sangat. Lurus anak Ummi ni 🥰 

Mekanisme peperiksaan pula ialah semua murid dikehendaki join Google Meet kemudian diberi link untuk jawab soalan dalam Google Form. Google Meet tu wajib buka camera jadi cikgu boleh monitor murid-murid. Kena jujurlah sebab cikgu tengok dari jauh je haha... 

Angah Ummi set tempat exam di beranda supaya kurang gangguan dan lebih privacy.

PPT Day 1 ~ BM & PI

PPT Day 2 ~ BI & BA (KSSR)

PPT Day 3 ~ Math & PJPK

PPT Day 4 ~ Sains & Sejarah dan Day 5 ~ RBT. 

Lepas cuti sekolah, sambung untuk subjek KAFA pula. Jadi, semalam setel semua subjek. Alhamdulillah. Tunggu je lah keputusannya. 

Berbanding Abang, Ummi lebih rileks. Kalau dulu Abang nak exam, Ummi yang stress haha... Selain pengalaman, rasanya sebab exam online, feeling tu lain. Jawab je lah nak ooi... Soalan pun objektif semuanya. Takdelah nak kena buat karangan ke, ulasan ke... 

Nak push sangat pun, susah juga sebab depa PdPR. Tahu sajalah, takde face to face,  entah faham entah tidak cikgu mengajar pun tak pastilah. Kadang tu masa kelas bersembang dengan Adik Kakak, main kucing, berbaring, merayau baca blog Ummi 😇...  Itulah cabaran yang sering membuatkan mak-mak jadi hijau haha....





Tuesday, 21 September 2021

Kemas Almari

Cuti sekolah baru ni Ummi kemas almari baju anak-anak. Fokus pada baju jalan-jalan je. 

Lama sangat tak keluar berjalan, rupanya banyak baju/seluar yang dah singkat dan ketat. Baju-baju yang sebelum ni besar, sekarang dah muat elok di badan. 

Baju-baju Angah. Yang tengah tu semua dah agak senteng, sesuai buat pakai di rumah je. Ada juga seluar dia yang hand down down to Kakak. Angah ni dia tak 'membesar' tapi 'meninggi'!

Kakak pula nampak makin besar hikhik... Seluar dia banyak yang ketat-ketat. Simpanlah untuk Adik. 

Ini je yang tinggal baju jalan-jalan Adik. (Hint: nak pi shopping) ☺️

Abang pun sama, banyak baju dah ketat. Memang Membesar dengan jayanya sepanjang duduk rumah ni. Masuk asrama sebulan hari tu, turun juga 7kg. Ini Naik berganda dah agaknya... 

Seluar Abang, habuan Ummilah :D Memang dah besar, tinggi dari Ummi dah sekarang ni anak bujang Ummi ni 🥰

Ini baru bab baju jalan-jalan. Uniform sekolah tak sentuh pun. Rasanya yang ini pun banyak yang nak kena beli baru esp untuk Kakak. Baju beli masa dia nak masuk Darjah 1. Sikit hari lagi dah nak masuk Darjah 3. Tapi, ikut siaran media KPM hari tu, untuk baki persekolahan tahun 2021 ni dibenarkan pakai baju yang bersesuaian selain uniform sekolah sekiranya baju tak muat. Harapnya kekallah begitu. Sayang kalau beli baru, then sekolah kena tutup :( 


Sunday, 19 September 2021

Bagi cumi, dapat belacan ☺️

Hari tu Ummi  bagi telekung dapat kaftan. Kali ni Ummi bagi sotong cumi, dapat belacan pula 😁

Kisahnya, Ummi kirimkan sotong cumi dan ikan bilis untuk Tok Umi. Kirimkan sekali untuk Maklong dan Maksu. Ummi minta pihak IsmaHasmi Marketplace pos terus ke Tok Umi. 

Penat nak siang kata Maklong 😂

Sehari sebelum Merdeka hari tu, Ummi dapat parcel ni... 

Ingatkan Tok Umi yang hantar, rupanya Maklong. Cukup segala bahan; asam keping, asam jawa, ikan masin, belacan, serbuk kari... Menteri Dapur macam Ummi ni suka sangatlah dapat barang-barang camni :D 

Hari ni baru 'rasmi' belacan Tg Dawai ni...

Ikan talang masin Maklong + ikan duri Tok Umi buat masak lemak dengan nenas. 

الحمد لله الذي بنعمته تتم الصالحات 💚

Saturday, 18 September 2021

Berkebun

Pagi tadi spent masa sikit berkebun. Selalu je Ummi berkebun, tapi tak sempat nak update :) 

Anyway, ini cerita pagi tadi .. 

Alih anak lemon belakang rumah ke bahagian depan. 

Berjiranlah dia dengan anak durian Belanda yang Auntie Farah bagi. 

Tayar buruk ni macam tapak semaian Ummilah. Tabur benih macam-macam. Bila ada masa, pindah ke pasu/polybag. 

Ini pula compost bin Ummi. Sisa dapur macam kulit bawang, kulit telur, kulit buah-buahan, daun-daun dsbnya Ummi ni dump dalam ni. Lepas tu tutup dengan tanah. Bila nak tanam pokok dalam pasu, Ummi ambil tanah dalam ni. 

Tya pun sibuk nak berkebun :D 
Tunas serai tu jumpa dalam compost bin 👆 Alih dalam polibeg moga hidup hendaknya. 

Pokok ros bertunas semula, after trimming. Hari tu Ummi letak di beranda, tak hendak dia. Layu dan kuning. Bawa keluar rumah, kena direct sunlight segar semula. 

Pokok neem Angah ni pun dah kuning dan gugur daunnya. Akar padat sangat kot tapi itulah kena bela sampai bulan 12 ni baru boleh alih ke tanah. Tapi maklumat baru katanya competition akan ditutup awal bulan 10 ni sebab nak masukkan markah dalam rekod PAJSK. Mungkin tarikh tanam pokok pun akan diawalkan juga. 

Kebun belakang rumah pun ada juga ceritanya. Nanti-nantilah ye :) Sekarang ni banyak fokus nak hijaukan beranda supaya selesa anak-anak nak main atau belajar. 

Till then, take care. 

Thursday, 16 September 2021

Al Fatihah ~ Uncle Kassim 😭

Sebelum Maghrib semalam (15/9/2021), Tn Hj Kassim or we fondly call him Uncle Kassim passed away at HKL. He was brought to the hospital on Sunday. Rupanya itulah kali terakhir Ummi lihat arwah.  

Hampir 3 tahun arwah terlantar sakit akibat serangan jantung yang menyebabkan beliau koma beberapa lama. Baca coretannya di SINI. Bila sedar dari koma, arwah lumpuh seluruh badan, hanya mampu buka mata sesekali. Isteri tercinta, Kak Z setia menjaga arwah hinggalah Ahad lepas arwah dibawa ke HKL. Malangnya, di zaman pandemik ni waris tak dibenarkan melawat atau menemani pesakit. Jam 1 ptg semalam, pihak hospital ada buat video call dan itulah juga kali terakhir ahli keluarga melihat arwah sebelum dimaklumkan meninggal sekitar jam 6 petang. 

Pagi tadi, Ummi dan Walid diberi kesempatan untuk solat jenazah dan mengiringi arwah hingga ke tanah kubur, perkuburan yang sama dengan Tok. Bak kata Kak Z, "berjiran dengan Makcik-lah". Makcik tu maksudnya arwah Tok. Mereka berjiran di dunia dan di alam sana 😭. Moga ada rezeki berjiran pula di syurga abadi. 

Al Fatihah untuk Tn Hj Kassim dan semua kaum muslimin dan muslimat yang telah mendahului kita. 

Tuesday, 14 September 2021

Teringin punya pasal...


Cerita 1 ~ Cempedak 

Lepas Asar terus turun ke dapur. Hajat menggunung tinggi nak goreng cempedak yang Walid beli semalam. Ambil pisau, lumur dengan minyak masak (tak nak bagi getah cempedak melekat di pisau) dan zass potong cempedak tu. Alamak! Cempedak tak berapa masak lagi . Kalau peram sehari dua baru masak elok. Frust-lah jugak sebab dah teringin kan... 

Balik jogging, jiran sebelah hulurkan sebiji cempedak. Allahu Akbar! 

Tak dapat buat juadah minum petang, kita buat makan malam! 

Nak buat batter goreng cempedak ni Ummi ikut resepi Tok Umi. Guna tepung gandum, tepung goreng pisang Adabi dan tepung beras. Nisbahnya 3:2:1 kemudian letak garam sikit dan bancuh dengan air biasa je. 

Tepung gandum 3 s/m, tepung goreng pisang Adabi 2 s/m dan tepung beras 1 s/m. Kalau buat banyak, gandakan kuantiti bahan. 

Hasilnya cucur akan jadi rangup dan tak lembik. 

Cerita 2 ~ Laksa
Maklong tayang laksa dia, Ummi terus rasa nak makan laksa juga 🤭 

Tengahari tadi terus onz projek laksa Ummi. 

Resepi laksa kuah sardin tin viral Ummi pernah share sebelum ni. Dah try belum? 

Semalam Ummi ke Al Iman Muslim Mart Sri Gombak, jumpa sardin jenama Yusuf Taiyoob. Beli setin untuk cuba,  sebab first time jumpa sardin YT ni. Harga RM5.30. 

Jadi, sardin inilah Ummi jadikan kuah laksa hari ni. Alhamdulillah habislah sebungkus laksa pakat makan lunch tadi. 





Monday, 13 September 2021

Cabaran PdPR

Credit source. 

Yeah, cuti sekolah! Bukan anak-anak je happy, Ummi terlebih lagi 😅 Stress tau PdPR ni :(  

Anak-anak Ummi contohnya, dah mula menunjukkan rasa bosan ber-PdPR :( Walaupun kita dah sediakan segala kelengkapan utk belajar; hand phone, laptop, printer, data Internet tapi semua tu tak dapat gantikan keseronokan depa belajar face to face dengan cikgu, bergaul dgn kawan-kawan sekolah dan keseronokan berada dalam persekitaran sekolah. 

Sedikit coretan kenangan antara cabaran-cabaran  yang dilalui dalam mengharungi PdPR sebelum cuti sekolah kali ni...

Blackout during exam. Sudahlah exam online, letrik takde pulak. Adalah beberapa classmates Angah terlibat ni masa exam RBT Jumaat lepas. 

Earphone/headphone rosak, putus tali, sebelah telinga dengar, sebelah tidak. Tahun ni saja dah 2-3 kali beli pulak tu! Kelas pula serentak, tak dapatlah nak share atau pinjam meminjam sesama depa.

Handphone ternganga! Bateri kembung :( Lunyailah hand phone lama Ummi ni pakat guna. Then tukar guna phone lama Walid. Tiba-tiba dalam bulan lepas, tak boleh charge pula. Charging port rosak agaknya. Dedicated phone untuk PdPR penting terutamanya bagi Abang sbb everyday  Ustaz call untuk tasmik hafazan. 

Keyboard laptop ni pun rosak. Kena pakai external keyboard. Hari-hari kena 'ketuk' dengan budak-budak ni 😇

Kerusi patah guys! Paling kurang 3 jam setiap sesi PdPR Kakak & her brothers. Tak mustahil garden chair ni boleh patah bila silih berganti anak-anak Ummi duduk. Duduk pulak ada yang kaki naik, lutut naik sama atas kerusi, congket sana, jongket sini.. Boring! 

Walau apapun cabarannya, Ummi selalu ingatkan anak-anak  cabaran sikit sebanyak tu hadaplah. Ada orang jauh lebih susah lagi sebab tu kena selalu bersyukur. Caranya? Kena belajar rajin-rajin 🤗 

Ini dari segi material, dari segi mental tak usah cakap. Ingatkan bulan 12 ni dah habis sekolah untuk tahun ni. Kelmarin MK Pendidikan umumkan sesi persekolahan tahun 2022 akan bermula pada bulan Mac. Sekarang ni cikgu-cikgu tengah kejar masa nak habiskan silibus, tup-tup extend ke tahun depan pulak sesi persekolahan tahun ni :(  

Tapi itulah, zaman pandemik. Hati kena kental. Mental kena kuat sebab banyak ketidaktentuan dan perubahan polisi/keputusan berlaku dari masa ke semasa. Harapnya suku pertama tahun depan tu Covid dah reda, situasi selamat untuk murid-murid kembali ke sekolah. Jika terpaksa berterusan PdPR Ummi rasa ramai yang akan give up. Murid, guru, ibu bapa serta mana-mana pihak yang terlibat dengan PdPR ni pasti faham tekanan dan cabaran yang dihadapi ni. 

Sebab tu bila tiba cuti sekolah, lega sungguh rasanya. Kalau setiap bulan ada school break pun ok jugak YB Menteri. Seminggu pun jadilah. To break free from the stress, at least for a while.