Wednesday 17 February 2021

Al Iman Mart, Sri Gombak

Selain MTM Mart, Ummi suka berkunjung ke Al Iman Mart yang letaknya berhampiran roundabout Sri Gombak (tapak pasar malam).

Kedai ni berkonsepkan Muslim Mart jadi pelbagai jenama keluaran bumiputra boleh didapati di sini. Ummi suka datang ke sini untuk dapatkan stok ayam frozen jenama Mabrook. 

Ayam Mabrook ni produk syarikat Dr Zaharuddin Abdul Rahman (UZAR). Ummi suka ayam Mabrook ni sebab ayamnya besar. Lagi satu sebab tahu ownernya siapa, lagi yakin nak membeli. 

Selain ayam Mabrook ada juga ayam Ladangku, Dr Zainol dll. Produk Ramly seperti mutton cube, neck bone, ribs yang jarang didapati di pasaraya pun ada disini. 

Suasana dalam kedai bersih, selesa dan lapang... 

Ayam frozen ni sentiasa laku. Kadang tu Ummi datang takde stok. Kalau ada pun macam ni lah keadaannya, tak pernah full freezer tu. .. Alhamdulillah ramai yang menyokong produk bumiputra. 

Al Iman Food & Trading 
No 5 Jalan SG 3/10
Taman Sri Gombak 
68100 Batu Caves 
Selangor Darul Ehsan 





7 comments:

  1. Alhamdulillah laku. Seronok ini ada pilihan.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, kena cari waktu bila ayam baru sampai tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah SK. Mujurlah dekat, boleh ke sini selalu.

      Delete
  3. Alhamdulillah syukur..
    Bila Ada pilihan yg halalan toyibban..
    Tiada ragu² lagi..

    ReplyDelete
  4. senang ada frozen dalam peti ni, bila2 nak masak thawed je hehe

    ReplyDelete