Wednesday 1 November 2023

Misi ke IPTA


Ummi dengan Abang attended this event last Saturday di SIRIM Shah Alam. Speakernya Tn Hashim (TH), yang terkenal di kalangan parents; banyak membantu anak² untuk mendapat tempat di SBP, MRSM dan IPTA. 

Kenapa joined? Abangkan baru Form 3... 

Sebenarnya Ummi rasa perlu update diri dengan sistem, syarat dan info² kemasukan ke IPTA. Banyak sangat yang berubah, jadi kami rasa macam lost! Bila sembang dengan kawan-kawan yang ada anak baru masuk kolej, matrik, asasi, U dsbnya kami macam blur 🀭

Lagipun dengan input terkini yang Ummi dapat, bolehlah kami buat persediaan apa yang patut. Lagi satu, Ummi nak tanya sendiri TH tentang laluan Abang sekiranya Abang nak ambil aliran agama di F4 nanti. 

Bagi Abang pula, biar dia dapat informasi tentang laluannya selepas SPM nanti. Nampak ke mana hala tujunya. Bila dah jelas hala tuju, berusahalah sebaik mungkin untuk mencapainya. Ummi buka jalan, Abang pilih dan usahakanlah ye... 

Melalui talk ni juga Ummi dapati kursus berkaitan engineering, accounting ditawarkan di hampir semua matrikulasi dan asasi, selain bidang perubatan. Selarilah dengan pendekatan KPM meramaikan murid ambil STEM supaya peluang yang ditawarkan itu diisi. Patutlah masa jumpa guru² Abang masa Hari Bicara Akademik tempohari ramai yang syorkan ambil pakej STEM. Banyak tempat rupanya samaada di asasi mahupun matrik.  

Kusyuk dan seronok dia walaupun 4 jam juga kami dengar TH berkongsi info. 

As for the time of writing, nampaknya Abang tak berganjak dengan pilihannya, nak ambil aliran agama. Mudah-mudahan Allah perkenankan hajat Abang. Katanya nanti sekolah pun akan tetapkan juga aliran, based on result periksa. Yang penting, score subjects PAI & BA macam Ust Nazri pesan tu ye. Insha Allah peluang Abang lebih cerah. 

Alhamdulillah, this talk was an eye opener for us. Tq TH for this wonderful talk. And terima kasih banyak juga Pn Izlyn dan suami, kongsi input dan bagi motivasi dekat Abang jika betul² minat dengan bidang agama. Alhamdulillah Allah rezekikan kami bertemu dengan mereka. 

Sabtu sebelum Deepavali nanti TH akan buat sesi lagi, jika ada sambutan. Yang berminat bolehlah join, khususnya yang ada anak di upper form atau lepasan SPM.  Masa dan tempat sama juga; 8.30 pg - 1 ptg di audi πŸ‘‡

Untuk Abang, Ummi dan Walid sentiasa doakan yang terbaik. Mudah-mudahan tercapai segala hajat dan cita-cita Abang πŸ€—

9 comments:

  1. Bagus bg pendedahan awal.. skrg bidang stem mmg peluang luas cumanya kena jaga-jaga dgn maths.. maths x kredit mmg susah nk terjun ke aliran stem lps spm nnt.. sbb sy mengajar lepasan spm memang budak2 jaman now ramai yg kantoi maths even subjek lain dpt A, A+ πŸ˜… tapi abang nmpk dh firm dgn pilihan dia.. baguslah dia tau apa yg dia nak.. semoga dia dpt further study di negara timur tengah nnt 🀲🏻

    ReplyDelete
  2. Bagus Abang dah ada hala tuju dari awal.
    Semoga kekalkan momentumnya.
    Kalau ikut lagi beberapa bulan je nak habis F3.

    ReplyDelete
  3. baru nak ckp.. bagus pendedahan awal mcm ni.. sama ayat ngan kakmim.. he he he..
    betul kan..so that diaorang dah set kat minda diaorang..nak gi mana, nak amik course apa...

    ReplyDelete
  4. Bagus abang attend event ni..at least dah dapat pendedahan awal dan boleh nampak hala tuju kan...

    ReplyDelete
  5. Bagus PH cakna perkembangan Abang.
    Baguslah Abang sudah tahu ingin masuk aliran mana. Saya dahulu kabur juga hendak masuk aliran mana satu.

    ReplyDelete
  6. Betul memang bagus attend talk untuk pendedahan awal macam ni. All the best Abang.

    ReplyDelete
  7. Kyra pun belum tahu hala tuju. She applied for SBP untuk F4. Tapi katanya kalau tak dapat dia nak focus ambil STEM.

    ReplyDelete
  8. Semoga dipermudah ya kak... Abang bisa belajar di jurusan yang menjadi favoritnya. Event pendidikan seperti ini memang bagus utk membantu parents dan anak2 memahami minat bakat dan segala sesuatu yg berkaitan dengan sekolah πŸ‘

    ReplyDelete