Monday 6 November 2023

Karnival 1 Dekad TMUA


Alhamdulillah dah 10 tahun usia Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA), sejak mula diperkenalkan di SMKA. 

Sebagai sokongan kepada Abang yang jadi murid TMUA, kami ke event ni selain nak bagi pendedahan kepada Angah & adik²-nya. 

Sekolah Haziq! 
Tapi sayang, Haziq tak datang. 

Ada banyak booth. Untuk tarik perhatian, ada game dan hadiah di kebanyakan booth tersebut. Dekat main stage ada acara untuk pengunjung. Antaranya 'tebok hafazan'; Ustaz baca ayat dan minta peserta sambung... 
Menarik! 
 
Gerai makanan minuman of course ada la kan... 

Apa nama ntah K- food ni...Ummi layan je meatball seketul, yang lain cannot go 😂 Banyak sos, rasa masin pulak di tekak Ummi ni. 

Kopi Saigon pilihan Angah. Hat ni pulak manis leting 😅

Bukan cerewet, lebih kepada preference. Dah usia 40-an ni of course kita lebih berjaga² dengan sugar intake dsbnya kan... Untuk anak⁴, sekali sekala boleh, jangan amalkan selalu ye.


6 comments:

  1. bestnyaaa ada mcm-mcm aktiviti di booth hehe

    ReplyDelete
  2. Air-air gini mmg utk anak-anak muda je. Tp kena pastikan dorang aktiflah pastu. Risau juga sbb memang manis leting.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, dah sedekad usia TMUA. Semoga menghasilkan lebih ramai generasi bijak Al-Quran di Malaysia 💕

    ReplyDelete
  4. wah ..macam2 aktiviti...eh makanan tu nampak sedap tp masin erk..air manis leting ..aduhai....

    ReplyDelete
  5. Menarik aktiviti yang disediakan.
    Karnival macam ni aktiviti jualan juga menarik perhatian pengunjung.

    ReplyDelete
  6. Tadi saya pikir itu tteokpokki , tapj kenapa ada telur bulat dan bakso 🤣. Mungkin di modif ya kak 😅.

    Saya juga sangat batasi yg manis2. Tak terlalu suka. Untuk anak2 juga sama. Saya batasi supaya mereka paham kalau diabetes pun bisa terkena ke anak2. Sesekali bolehlah, tapi habis tuh wajib minum air putih banyak.

    ReplyDelete