Thursday 9 November 2023

Majlis Khatam Quran T6, Sesi Bergambar & Minggu Bahasa Arab

Banyak betul aktiviti di sekolah minggu ni...

Anak soleh ni terlibat dengan Majlis Khatam Quran T6 di sekolah semalam. Kena pakai baju Melayu putih dan sampingnya kain pelikat atau songket. Angah pakai kain pelikat. Mafla Palestine pinjam dengan Ibrahim. Angah kena baca Surah Al Fil. Tak silap, majlis di berlangsung serentak semalam bagi semua sekolah di bawah JAIS. 

Credit: Sir Zarul

Credit: Cg Sal

Dapat cenderamata dari sekolah. Alhamdulillah dapat senaskhah Al Quran di samping jajan dan bunga telur. 

Dapat sijil juga... 

Lepas majlis, ada jamuan sikit secara potluck. Tapi itulah, Ummi lupa nak bagi makanan 🙆 There's a lot of things going on lately, kelam kabut sikit

Usai majlis ni, bergegas pula tukar baju untuk sesi fotografi tahunan. 

Credit: Sir Zarul

Sepatutnya sesi bergambar T6 Jumaat ni, tapi dipercepatkan, semua Tahap 2 semalam. Kesian ada yang tak dapat join sebab UKKM. 

Dalam minggu ni juga, ada Minggu Bahasa Arab di sekolah. Adalah few activities yang diadakan. Antaranya kuiz BA semasa perhimpunan pagi. 

Cikgu pilih Adik untuk jawab kuiz. Alhamdulillah jawapan betul dapatlah hadiah :D 

Alhamdulillah. 

9 comments:

  1. kagum dengan anak2 tahun 6 betul2 struggle...moga dapat membentuk anak2 semua bertambah hebat pd masa akan datang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, macam2 dugaan. Pasti ada hikmah dihujungnya nanti 🤲

      Delete
  2. Replies
    1. Tak mujur juga Wak, kena ambil exam lain pula utk masuk asrama penuh & MRSM :)

      Delete
  3. Alhamdulillah dah khatam Al-Quran. Meriah pentasnya bunga telor ke tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, bunga telur. Ada juga parents sedekah 1-2 pahar

      Delete
  4. Meriah majlis khatam quran.

    ReplyDelete
  5. Cantiik panggung untuk Acara khatam alquran nya ❤️. Ungu dan berbunga 👍😍. Dikasih sijil dan goodie bag pula.

    Pintar adik, bisa menjawab quiz dari cikgu. Dulu bahasa arab termasuk yang susah sangat saya pelajari 😅

    ReplyDelete