Tuesday 21 November 2023

Housewarming Uncle Husin @ Klebang

Kata pergi Melaka makan kenduri, tapi cerita kendurinya tak muncul² pun ๐Ÿ˜†
Kendurinya Ahad, jadi Ummi cerita apa yang berlaku Sabtu tu dulu. Ikut turutan :p

Tujuan utama kami ke Melaka untuk memenuhi jemputan Uncle Husin aka Atok Rizqy untuk ke kenduri kesyukuran sempena masuk rumah baru. Alhamdulillah rumah mereka di kampung dah siap. Ummi letak "housewarming" as the keyword. Senang nak refer kendian hari. 


Kami sampai waktu orang sedang berdoa. Selain ahli keluarga, majlis dimeriahkan oleh geng surau kami. Ada yang berkonvoi motorsikal dan ada juga berkereta macam kami. Kiranya walaupun kenduri di Melaka tapi jemputan jiran-jiran setaman di SG ni juga. Pi mai pi mai tang tu ๐Ÿ˜

Semua nak rasa; sayur kobis, Kari Ayam, ikan masin, ayam goreng, asam pedas ikan dan acar telur puyuh. Ambil serba sikit dan share² kami anak beranak. Kuih-muih pun banyak, tak daya Ummi nak makan. Sebab sebelum sampai sini kami dan balun Keria Gula Melaka :D 

Acar Telur Puyuh. 
Ummi ingat masak kurma tapi Aunty Sopiah kata ini acar, airtangan mak mertuanya (moyang Rizqy). Patutlah ada timun, bukan kentang dan carrots. 

Macam kenal mangkuk tu kan? 

Iye, Aunty Sopiah tapaukan lauk dan kuih bakar untuk kami! Bukan kami je yang dapat, geng surau pun pakat bawa balik asam pedas sorang sebekas. Allah, baiknya hati Uncle Husin suami isteri ni. 

Tak cukup lagi tu, semalam depa dah balik SG, ada lagi buah tangan untuk kami ☺️

Kuih Bakar Berlauk.
Sedappp ๐Ÿ˜‹ 
Entah berapa ketul Ummi makan... 
Yang Kuih Bakar biasa ๐Ÿ‘† tu Ummi tak berapa suka, sebab rasanya lain sikit dari yang biasa dimakan. Rasanya depa guna minyak sapi. Angah penggemar kuih bakar tapi yang ni dia pun tak nak. Ummi jugaklah tukang perabih ๐Ÿ˜…

Alhamdulillah syukur atas segala nikmat dan rezeki yang Allah kurniakan. 

8 comments:

  1. Tak pernah jumpa acar telur puyuh..nampak menarik..rezeki kan PH..

    ReplyDelete
  2. Kemuncak datang ke Melaka ๐Ÿ˜… Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  3. wahh dh mcm jumpa artis kugiran rock Meet Uncle Hussain tuuhh.. hehe gmbr org mana gmbr

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah
    Selamat menjamu selera

    ReplyDelete
  5. Kuih bakar berlauk tu yg menarik pandangan mata... mmg rare... x perah jumpa tu kat sini

    ReplyDelete
  6. sama mcm kak SA..1st time dgr acar telur puyuh..menariks tu

    ReplyDelete
  7. Sama macam Mrs. A adakala tengok lauk-pauk di kenduri semua nak heheheee...

    ReplyDelete
  8. Biasanya kalo acar paling sering rasanya asam, manis, sedikit pedas. Awal pun saya lihat itu macam telur puyuh dimasak santan. Tapi ternyata acar ❤️. Penasaran nak rasa jadinya . ☺️

    ReplyDelete