Wednesday 8 November 2023

Acar Limau Purut


Ummi suka makan acar limau tapi belum pernah makan acar limau yang mana limaunya menggunakan limau purut. Sejak kecik Ummi hanya tahu buah limau purut ni digunakan oleh kaum ibu di kampung Ummi untuk cuci rambut :D Ubat kelemumur katanya. Lagi satu, penggunaannya dalam perubatan tradisional. 

Ada sebarang pokok limau purut di paya, berhampiran rumah Wan Cik. Tinggi pokoknya. Dan seingat Ummi juga daunnya tak pernah pula kami petik untuk dimasukkan ke dalam tomyam. Sebab masa tu belum kenal tomyam! Rendang pun belum terkenal macam sekarang jadi kurang dimanfaatkan daunnya tu. 

Dah lama Ummi berhajat nak rasa Acar Limau Purut airtangan kawan Ummi ni. Setiap kali dia post video tengah masak acar ni, teringat² Ummi. Mujoq tak masuk mimpi 😂

Padu! 
Tapi itulah, limau purutnya hanya 2-3 biji je, selebihnya buah² kering, bawang, cili... Tak puas pulak rasanya 😅
 
Arwah Tok dulu kalau buat acar limau memang limaunya yang lebih. Bahan lain hanya bawang merah, bawang putih dan cili. Buah² kering masa tu susah dapat. Limaunya pula berbuah sampai ke tanah! Tok guna limau kapas atau limau telur buaya; kepunyaan  Tok Da Hid atau Tok Cik Minah. 

Sebekas acar RM16. Sambal Bilis Halia tu RM20. Kawan Ummi pos je dari Yan. Airtangan dia memang sedap. 

Masa f5 dulu dia pernah bawa bubur nasi. Ummi rasa, sedapnya! Sejak tu baru Ummi  makan bubur nasi. Sebelum² tu Ummi tak reti makan bubur nasi :D 

5 comments:

  1. Sedapnya...eh..masa wedding SA hari tu ada ke acar buah ni erk? mcm x perasan plak..selalu ada yang sponsor..hahahah

    ReplyDelete
  2. Ammi makan acar kalau lawan dengan kari dal je..

    ReplyDelete
  3. Sedap agaknya acar limau purut ni erk

    ReplyDelete
  4. Waaah saya penasaran rasanya kak 😍😍😍. Blm pernah coba yg acar limau begini

    ReplyDelete
  5. *Testimoni² pesakit kanser yg mngambil Herba Warisan:*

    ▪Cucu Pn Mazili, 3tahun, mngidap kanser Leukimia ALL B- Cell. Dia mengalami komplikasi limpa & hati. Dh lama bengkak tp dia skg dh sembuh dgn rwatan doktor & minum jus herba warisan dgn konsisten. Skg makin sihat & kehidupan spt knkk² lain.
    ........................................
    ▪Pn Roselawaty bt Jaafar, Kanser payudara tahap 2. Pd 2019 doktor mngesahkan dia mnghidap kanser payudara. Ujian Memogram di KK Bkt Mertajam, ada ketulan kanser di payudara kiri. Tp doktor tak dpt pastikan itu kanser sbb bentuknya bulat biasa, sptutnya ketulan kanser bulat dn tajam².Jadi dia ke hospital & kputusannya negatif. Skg ni dia bebas dr kanser slps buat rwatan di hospital & minum jus dlm masa yg sama. Dia buat gabungan rawatan moden & herba.
    ........................................
    ▪Pn Zalina bt Ismail, 48 tahun ,Kanser Payudara Agresif.
    Disahkan kanser payudara pd 2018. Dia mula sedar ada 1 garis keras bwah pyudara kanan. Jd dia terus buat memogram & doktor sahkan dia mnghidap kanser pyudara agresif & perlu operate segera. Dia buat rwatan hospital & ambil herba sekali. Gabungan rwatan moden & herba buat dia sembuh smpai skg.
    ........................................
    ▪Pn Noraini bt Yusof, Kanser Payudara tahap3, Shah Alam.
    Pd Mei 2017, dia disahkan kanser payudara. Saiz ketulan kanser 13.3 cm. Dia buat kimo & buang ketulan dgn operation. Dia jalani mastectomy, radiotherapy & herceptin slama 1tahun. Mnantunya tjumpa blog En.Zuhairi & mnyarankan utk ambil rawatan herba ini, dia teruskan rawatan hospital iaitu kimo & serentak mngambil herba. 4bln 1x dia ke Oncologist. Result memuaskan spt tak ada pnyakit kanser pun. Badan kuat wlpn kimo. Smpai skrg dia ambil herba utk kekalkan kesihatan.
    Harga herba sgt berpatutan dn mampu milik,jgn rsau.Kami sedia membantu.
    Hubungi sy utk order & prtanyaan di nombor berikut :
    *En. Mohd Zuhairi Bin Noordin - 017468 7570*

    ReplyDelete