Friday, 18 February 2022

Rezeki Dari Surau #1/22


Entry santai di hujung minggu .. Kita citer bab rezeki dari surau :D 

Kenduri malam Jumaat. Lumayan sungguh rezeki yang dibawa balik; pulut kuning & rendang ayam, kuih apam, roti canai, air kotak... Ada 2-3 jemaah sedekah makanan, sebab Khamis tu ramai yang berpuasa sunat. Fastabiqul khairat... 

Malam tadi, dapat sandwich. 

Nasi goreng telur mata, sedap! 

Nasi kenduri.

Ambil pinggan, makan berdua dengan Walid. Alahai, bertambah sedap :p 
Ini door gift Ustaz Kafa, buat walimah di surau kami. Hand lotion tu tak sempat-sempat Kakak dah rembat 🙄 Anak Dara sorang tu kan, dah pandai nak melawat tau. 

Alang-alang, kita selit sekali pemberian jiran-jiran...

Ini dari Cik Leha, sempena birthday Uncle Kassim (arwah) 2 hari lepas.

Cik Aida balik Kelantan... Ada budu, air pencicah dan keropok kering. 

Ummi goreng udang salut tepung Bestari, regu dengan air pencicah tu. Sedap! 

Mama Anas bagi belimbing buluh (dalam plastik). Ummi campur dengan belimbing buluh beli di pasar pagi Greenwood hari tu, jadilah sambal hitam express :D 

Macam biasa, gambar hasilnya lupa nak snap 😅

Rezeki terbesar pastinya berada di kejiranan dan dikelilingi jiran-jiran yang baik. 

الحمد لله ثم الحمد لله


9 comments:

  1. Ya saya baru hendak beritahu untung dapat kejiranan yang baik.

    ReplyDelete
  2. WH meriah betul. Rezeki dikelilingi orang yang baik

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah..Macam macam menu dan barangan dapat. Beruntung dikelilingi mereka yang pemurah berkongsi rezeki.

    ReplyDelete
  4. Wah..meriah. Tak payah pergi kenduri pun makanan macam di kenduri.
    Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah....
    Seronok bila dapat kongsi rezeki dan dapat rezeki yang dikongsi.Indahnya sedekah

    ReplyDelete
  6. bestnya rumah akak dekat gan surau.. hihi

    ReplyDelete
  7. Wah, macam-macam ada! Seronok apabila tinggal dalam kejiranan begini dan saling berkongsi rezeki.

    ReplyDelete
  8. tak rugi berbuat baik pada jiran, sronok tgk mcam2 ada

    ReplyDelete