Ramai juga yang ambil cuti semalam, bersambung dengan Hari Thaipusam hari ni. Dapatlah 4 hari keseluruhan termasuk Sabtu & Ahad. Cuti kapit (apit) kami panggil :) In the coming months pun ada few more public holidays on Tuesdays kan? Contoh terdekat CNY next month. Ambil sehari Isnin, dapat cuti hingga Rabu, Khamis... Alang-alang Jumaat tu ambil leave, dapat seminggu terus!
Hari ni Walid pun cuti, tapi kena juga siapkan kerja hihi ... Tengah review KPI team members beliau.. Oklah, compared to Ayah Mel, kena ke ofis, meeting 🤭
Balik pasar tadi, singgah dating sat... Makan Nasi Kak Wok dengan teh ais madu. Kenyang sampai tengahari!
Lepas tu, pakat gotong royong bersih kawasan depan rumah. Dah 2-3 orang jiran ternampak ular hitam melintas di kejiranan kami ni. Mohon dijauhkan dari segala mara bahaya aamin...
Lepas Zohor, Ummi & Walid memenuhi jemputan Aunty Farah ke majlis aqiqah cucu sulungnya. Lahir 4/1, baru 2 minggu. Cantik nama baby, gabungan klasik + modern. Tahniah Mat & isteri!
Goodies bags untuk anak4. Rezeki Kakak & Adik-lah face masks warna pink tu. Hero2 takdelah nak pakai warna tu kan?
الحمد لله الذي بنعمته تتم الصالحات 💚
Siap bertemujanji berdua dengan suami.
ReplyDeleteSekarang ini pelitup muka bermacam-macam corak.
Sekali-sekala NA :)
ReplyDeleteItupun si kecik tu ikut sekali haha
Lupa betul hari Selasa tu cuti umum. Patutlah Isnin tu rasa parking penuh je tak macam biasa. Mesti ramai ambil cuti
ReplyDeleteNasib cikgu sekolah wish Happy Holiday dalam group. Kalau tak, ter hantar anak ke sekolah la jawabnya
Menarik Teh Ais Madu.
Wah,berdating yer...hihihi
ReplyDeleteTerlioq teh ais madu tu...Pernah cuba di Trengganu kat Nasi Dagang Atas Tol...Kat kawasan rumah saya ,tak nampak lagi..Mungkin saya yang tak tau..hihihi
Sabah tak ada cuti umum sempena Thaipusam.
ReplyDeleteSelamat bercuti panjang dan beristeri rehat
ReplyDeletehamboi, teh ais madu, buih2 :)
ReplyDelete