Sunday, 14 March 2021

Ke Rumah Anak Yatim & Miskin Baitu Saidati Khadijah


Biro Kebajikan Surau kami ada membuat kutipan wang dan bahan mentah untuk disumbangkan kepada Persatuan Kebajikan Anak Yatim & Miskin Baitu Saidati Khadijah (BSK). BSK ni lokasinya di Batu 8 3/4 Jalan Gombak. Tak jauh dari Masjid Gombak Utara (dulujya Masjid Zakaria). 

Persiapan bahan dah dibuat petang Jumaat. Pagi semalam khusus untuk aktiviti masak dan bungkus makanan. 
Mula tu Ummi plan nak merewang juga tapi biasalah, hari minggu busy dengan pelbagai urusan. Home Minister kot :p Abang nak join tapi ada tuition. Lastly, Walid je joined. 

Sesi membawang :)

Masa nak hantar donation tu kami sekeluarga ikut serta. Niatnya nak bagi exposure pada anak-anak tentang kerja kemasyarakatan. Di samping tu nak ajar depa erti bersyukur. Dah lama sebenarnya berhasrat nak bawa anak-anak ke tempat sebegini... Kali ni baru ada kesempatan. Yang banyak bertanya of course Angah & Kakak...




"Diorang sekolah tak Ummi?
Pergi sekolah naik apa?
Diorang takde mak ke takde ayah?
Diorang tak rindu ke dengan mak diorang?

🥰🥰🥰

Sumbangan dari ahli kariah kami.... Sumbangan tunai pun banyak, alhamdulillah 

Banyakkan? Risau juga takut anak-anak BSK ni tak larat nak angkut ke dalam hihi...  Tapi ada yang remaja, depa kata bisa diatur :) Lagipun pelawat tak dibenarkan masuk ke dalam, kena patuh SOP. 

Penghuni BSK ni seramai 45 orang; dalam lingkungan usia 5 - 24 tahun. Yang 24 tahun ni dah masuk kolej alhamdulillah. Ada yang datang sejauh Labuan dan tinggal di BSK. 

Secara luaran nampak terjaga tempat ni. Bersih dan ceria. Premis sewaan ini berada dalam lingkungan rumah-rumah penduduk kampung. Tidaklah terpencil atau terabai nampaknya. Walaubagaimanapun, untuk jangka panjang BSK berhasrat untuk mempunyai premis sendiri. Moga terlaksana aamin. 

Pakaian kanak-kanak ada dijual di sini. 

Memandangkan sekarang PKP jadi hanya acara ringkas sebagai simbolik penyerahan sumbangan diadakan. Itupun  di beranda saja. 

Alhamdulillah dah tahu tempat ni. Lepas ni boleh datang ziarah atau bagi sumbangan انشاء الله





5 comments:

  1. Bagus juga datang sekeluarga ke BSK. Harap ia menginsafkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moga adalah sesuatu yg anak-anak belajar, itulah niatnya.

      Delete
  2. Semoga beroleh rahmat dan kebajikan digantikan berganda2

    ReplyDelete
  3. Semoga ksarie juga berkesempatan ke sini suatu hari nanti.

    ReplyDelete