Sunday, 28 March 2021

Bestnya Pustaka Raja Tun Uda

Besar biji mata Kakak bila Walid cakap kita pi library nak? Sebelum ni kami regular patron di PPAS Selayang. Tapi, sejak PKPB bulan 10 tahun lepas yang dilaksanakan di KL/Selangor, memang tak pergi library-lah.
Tanpa dirancang, kali ni kami terjah Pustaka Raja Tun Uda (PRTU) yang terkenal tu. 

Public parking agak jauh tapi sebagai kemudahan, disediakan khidmat buggy untuk para pengunjung. Bayaran parkir RM2/entry. Parking luas dan sistematik. 

Buggy's waiting area. 
Pernah nampak mesin air di parking zone? They have it here :)  

Kami hanya ke Kid's Zone. Memang heaven tempat ni, bukan saja untuk anak-anak. Mak ayah pun boleh bersantai baca buku sambil monitor anak-anak. Actually tempat ni kanak-kanak bebas bermain, berlari, bergolek bawah pokok besar ataupun membaca. Susun atur dan dekorasi sangat menarik, selesa dan kid's friendly. 

Ummi lepak sini baca paper... Ada story pasal Neelofa nikah :D 

View cantik...
Dalam ni juga disediakan tandas dan breastfeeding room. Bersih dan terjaga bilik airnya. Wangi kata Abang :) 

Selain buku sumbangan cucunda Sultan, ada juga buku sumbangan Lembaga Zakat Selangor. Ada lagi kot sumbangan institusi lain, Ummi rasa...

Ini main library... 


Kalau ikut direktori tu, ada 4 tingkat. Ada cafe juga tapi tak pasti area mana. Katanya kena jalan keluar sikit. 

Waktu operasi 

Lokasi perpustakaan ni terletak berhampiran Kelab Golf Sultan Abdul Aziz. Masuk ikut entrance yang sama. Depan library ada banglo 3 tingkat. Harga minima RM 2.5 juta. Saja share info yang  adik buggy bagitau kami haha... 

Cuti sekolah dah mula... Jomlah bawa anak-anak ke PRTU 🤗

6 comments:

  1. PPAS mmg best kak. GV dulu selalu gi wat study group masa belajar kt shah alam dulu. Zaman itu belum ada buggy lagi. Tempat parking masih dalam renovation masa itu. Rasa dah dekat 3,4 tahun GV tak pergi PPAS. GV rasa PPAS adalah library awam paling best GV pernah pergi. Sangat selesa, moden dan puas hati. Cafe ada di sebelah luar bangunan library kak. Dekat je. hihi. Dulu ada teater 6D kt library ini. Skang GV tak pasti samada masih ada lagi teater itu atau tidak. Huhu. Pokok besar kat zone kanak-kanak itu mmg menarik dan kreatif. Hope GV dapat ke sana lg pada masa akan datang. Nice info to share kak. :)

    ReplyDelete
  2. GV pernah review juga library ini masa aktif blog lama dulu. kalau akak free, leh baca juga di link ini >>> http://blogleopluto.blogspot.com/2016/05/perpustakaan-awam-paling-cantik-moden.html

    ReplyDelete
  3. Seronok pergi perpustakaan. Hehe bagus pupuk semangat membaca.

    ReplyDelete
  4. Anak2 tentu teruja berada di PPAS ni

    ReplyDelete
  5. Nasib baik jumpa blog akak. Nk tgk parking dkt mana. Dulu parking tepi2 jalan je. Hehe. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  6. Sebuah library yang menarik bukan sekadar tempat untuk membaca buku. persekitaran best dan ada aktiviti lain yang menarik untuk pengunjung datang.

    ReplyDelete