Sunday, 14 July 2019

Haji ~ Selamat Berangkat Dhuyufurrahman!


'Membelek' MukaBuku pagi tadi, terpandang beberapa keping foto kawan-kawan dan kenalan yang telah berangkat ke tanah suci. Alhamdulillah tahun ni ramai yang terpilih menjadi tetamu-Nya. Syukur sangat bila dapat berita  masing-masing sudah menerima panggilan istimewa ini. Doa Ummi agar semua dari kita dapat tunaikan haji. Aamiin. 

Credit source. 

Antara yang menarik perhatian Ummi tentulah jemputan yang di terima oleh Dr Sham. Beliau terpilih sebagai pembimbing ibadah haji TH. Tugas pembimbing ibadah haji ni merangkumi hal-hal berkaitan ibadah khususnya haji di tanah suci nanti. Pastinya bila di sana nanti pelbagai masalah/persoalan yang perlukan penjelasan ustaz/ustazah. Real situation. Di sini sewaktu kursus haji, kita hanya belajar teori. Praktikalnya di Mekah nanti. Bagus TH ni, siap bawa ustaz/ustazah sebagai pakar rujuk. 


Di Maktab 86 di mana kumpulan kami ditempatkan, pihak TH menyediakan 4 orang pembimbing haji; Ust Zukri dari Kedah, Ust Khairuddin dari Negeri Sembilan dan 2 orang ustazah dari Majlis Agama Islam Sarawak; Ustzh Siti Asmah dan Ustzh Rokiah (kalau x silap namanya). Setiap hari mereka akan bertugas mengikut giliran di bilik operasi TH yang dibuka di setiap maktab. Rezeki terpilih sebagai Sahabat TH membuka ruang kepada kami untuk mendekati mereka dan mengutip ilmu dari mereka. Paling seronok bila berada di Mina. Ramai jemaah datang bertanya itu ini pada ustaz/ustazah jadi Ummi pun ambil kesempatan untuk turut 'pasang telinga'. Tapi sekiranya soalan berkaitan peribadi ataupun perkara sensitif, pastinya Ummi akan menjarakkan diri. 

Selamat berangkat ke tanah suci dan menunaikan rukun Islam ke-5 buat;  Ust Izrean, K. Long Baya, Maz & AF, Nat & Amri, my favorite couple SA & AS, Dr Sham, Mayah serta pasangan romantis Mak Hainom & Pak King dll yang mungkin Ummi terlepas pandang. Didoakan segala urusan mereka dipermudahkan dan beroleh haji yg mabrur aamiin. Kenang daku dalam doa kalian 🤗 Doakan kami dapat kembali ke tanah suci ye.

Beg merah depa tahun ni. Kami dulu beg kuning 😁


2 comments:

  1. Selamat menunaikan rukun islam ke lima buat mereka.
    Semoga mendapat haji yang mabrur.

    ReplyDelete