Tuesday 18 September 2018

Cantik rupanya bunga kangkung...


Siapa pernah tengok bunga kangkung? Kalau tak pernah, kita geng 😊

Putih bersih berseri bunganya 😘

Selalu je beli kangkung di pasar buat goreng belacan or tumis. Lepas tu goreng bawang besar banyak2 sampai agak garing, tuang kicap sikit then siram atas kangkung yang dah ditumis tadi. Makan dengan nasi panas. Sedap! Tapi tak pernah jumpa pun bunganya sepanjang dok beli kangkung hehe... 

Sesampai di rumah dari cuti-cuti Malaysia hari tu, terus lah Umi jenguk pokok-pokok kesayangan Umi. Sekali tengok pokok kangkung Umi dah berbunga. Excited giler Umi sebab tak pernah tengok satu hal, cantik pulak bunganya satu hal pulak. Kembang besar macam bunga seri pagi yang warna purple tu. 


Tapi ini spesis kangkung parit, yang daun lebar tu. Bukan daun kecik yang selalu jual di pasar tu. Selalu dimakan dengan Yong Tau Fu, kangkung ni lah. Tok yang tanam, guna batang yang keras. Yang lembut kita buat sayur :) ala, kangkung kan senang je hidup. Cucuk cucuk ke tanah, hiduplah dia insha Allah. Tapi kat rumah Umi ni, takat nak buat ulam or masukkan dalam nasi goreng kangkung cukup lah, nak buat sayur tetap kena beli. 1-2 pokok je pun yang hidup. Itupun berebut dengan makhluk2 Allah yang lain; snail, ulat, bena putih dll. Rezeki masing-masing. 


Padahal Tok dah pesan, selalu-selaluah petik daunnya. Kalau dah berbunga nanti kurang pucuknya. Takpalah, kot membiak nanti siapa tahu kan. Eh, kangkung membiak dengan biji benih ke keratan batang je? 😆😆😆

8 comments:

  1. Bunganya akan menghasilkan biji benih yang boleh disemai.

    ReplyDelete
  2. bunga kangkung memang cantik, dulu kecik2 memang banyak kangkung jiran tanam kalau banyak bunganya lagi cantiklah tengok

    ReplyDelete
  3. xpernah tengok, cntik bunga dia wana putih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baik ada geng hikhik...cantik kan zie?

      Delete
  4. kalau di kampung kat utara sana adalah kat dalam tali air meriah menjalar segar bugar je tengok tapi tak berani dekat walau setakat nak tangkap gambar..macam2 hidupan ada kat bawah nya..tu pesan tokwan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awat saya tak perasan bunga dia huhu...kalau daun/pokok tu selalu jugak nampak kat tali ayaq/parit :)

      Delete