Tuesday 4 September 2018

Bayu Tiara Homestay Bayan Lepas Penang



Hari khamis nak check in, hari Ahad baru menggagau cari homestay 😅 dah tu ada pulak conditionnya "nak homestay murah tapi ada swimming pool" :D jenuh jugaklah maksunya mencari sana sini. Ada few apartments yg available thru AirBNB tapi ada yang tak Muslim friendly, ada yang pool hanya exclusive for residents dsbnya. 


Finally jumpa jugaklah satu unit apartment (homestay) dekat Bayu Tiara Apartment ni. Owner dia Ustaz katanya. Sewa semalam rm220 kalau tak silap. Ada 3 bilik semuanya ber-aircond. Tak payah berebut. Almaklumlah menantu cikjah yang tiga orang tu especially hat tengah tu siang malam nak ber-aircond :p  




Dapur gas dan serba sedikit alatan memasak disediakan termasuk peti ais dan mesin basuh. Standardlah tu mana-mana homestay sekarang ada kemudahan ni. Bilik air ada dua. TV ada Enjoi channels kalau tak silap. Tak ingat sangat sebab kami geng mak-mak ni asyik kat dapur ja. Masak makan masak makan itulah kejanya. Anak2 burung tu asal lepas mandi je lapaq 😇 

Buka katering dengan maksu :D 


Access card dan parking satu je tapi for guests still boleh parking dalam. Ada designated lots for guests tapi tak berbumbunglah. But still OK dari kena park kat luar kawasan apartment. Tapi ini pun first come first serve basis. For us, alhamdulillah 2 malam tu empat-empat kereta dapat parking dalam. 



Swimming pool pula kecik je. For kids only. Letaknya di basement. Air takat lutut Abang je kot. Taklah macam pool hotel or exclusive condos/apartments tapi bolehlah untuk anak2 bersantai dengan sepupu2 depa. 


Overall oklah stay sini dengan budget dan facilities yang sesuai dengan poket kami. Yang penting anak2 enjoy sangat. Itulah yang diharapkan pun. 


5 comments:

  1. Yang penting dapat juga pergi bercuti dan kebersamaan sekeluarga tu masih wujud

    ReplyDelete
  2. Betul tu Mrs A. Setuju sangat :)

    ReplyDelete
  3. bestnyaaaaa ade kolam memang budak2 sukala. depa dapat air tu paling penting hehehe.. and quality time with fam =)

    ReplyDelete
  4. Nak ke pusat bandar jauh tak puan..

    ReplyDelete