Thursday 23 July 2015

Cerita Raya Kami...


Ikutkan hati masih belum puas rasanya beraya di kampung tempohari. Masakan tidak, hubby demam sehari sebelum raya sampai sekarang masih batuk2 dan sakit2 badan. Anak2 pun dah berjangkit, demam selsema juga.

Pada hari raya pertama kami hanya berziarah ke 'rumah wajib' sahaja ~ rumah Abg Asri, Abg Shukri, Ngah Mah, Mak Kodiang & Long Im. 

Esoknya kami ke Kepala Batas dan Alor Setar, menziarahi Tok Yah dan K. Ani, rakan sebilik ketika di Madinah dan Mekah. Singgah sebentar di rumah K.Ngah Minah terus balik ke rumah menyambung rehat. 

Raya ketiga kami pulang ke kampung saya. Hasrat nak beraya dgn saudara mara saya tak tercapai. Selain faktor hubby demam mereka juga kebanyakan tiada di rumah sewaktu kami sampai. Hari yg sama banyak kenduri kahwin yg diadakan. Kami lunch di rumah Kak kemudian ke rumah Mak Lang. Singgah di rumah Abg Hi tetapi hanya sekadar singgah bertanya khabar. 

Kami bermalam di hotel Bayu. Atas sebab2 tertentu kami tidak merancang utk bermalam di rumah Mak. Tertinggal kunci rumah pun ia juga :) rindu sebenarnya pada rumah pusaka tu. Tapi apakan daya takdir penentu segala. Chewah!

Esoknya seawal jam 9 pagi kami bertolak balik ke KL. Tak sampai hati nak ajak hubby ke rumah M.ngah & P.long Li sbb drmamnya bertambah kuat. Target hari tu kami nak elakkan jem dan sampai awal ke rumah. Syukur juga hubby mampu memandu dari awal hingga akhir. 

Rumah pusaka yg menggamit memori

2 comments:

  1. Salam,

    My name is Norain from ZALORA Malaysia. I would like to offer you to do a collaboration with us. Feel free to drop me an email at norain@zalora.com.my

    Thanks :)

    ReplyDelete
  2. Thanks norain for the opportunity :)

    ReplyDelete